TEMPATAN
Ketahui 4 ciri baharu Yamaha 135 LC versi 2019, harga bermula RM6,868
Selepas Yamaha Y15ZR, model popular daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menerusi Yamaha 135 LC kini tampil dengan ciri baharu untuk pasaran Malaysia.
Pada masa sama, versi 2019 itu didatangkan dengan tiga pilihan warna membabitkan merah, biru dan kelabu.
Bagi memudahkan anda mengetahui apa ciri baharu Yamaha 135 LC ini, ia dibahagikan kepada:
1. Penutup hon tambahan.
2. Lubang udara pada bahagian sisi.
3. Penutup pada bahagian bawah enjin.
4. Meter kelajuan rekaan baharu.

Berhubung rangkaian kuasa, tiada perubahan dilakukan dan ia masih menggunakan enjin satu silinder 134cc dan dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.
Ia mampu menghasilkan 11.98hp pada 8,500 rpm dan 11.79Nm tork pada 5,500 rpm.

Yamaha 135 LC versi 2019 dijual bermula RM6,868 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran. Selain itu, ia didatangkan dengan kunci cakera brek tahan karat dengan pembelian jentera berkenaan.

Must-Watch Video