Selepas memperkenalkan Ducati Hypermotard 939 tiga tahun lalu, kini tiba masanya pengeluar dari Itali melahirkan model baharu menerusi Hypermotard 950.
Ducati Hypermotard 950 masih lagi mengekalkan karakter sebelum ini, tetapi memiliki ciri Hypermotard 1100 supaya tampak agresif, selain lebih ringan dan dilengkapi teknologi termaju.

Bagi memudahkan anda mengetahui perbezaannya, drebar.my menyediakan beberapa fakta baharu dibahagikan kepada:
Bahagian enjin pula, ia masih menggunakan enjin Ducati Testastretta 11° bersesaran 937cc. Enjin itu dinaik taraf dengan radikal dan lebih ringan 1.5kg. Kuasa output juga lebih 4hp berbanding model sebelum ini. Ducati Hypermotard 950 kini menyalurkan 114hp pada 9,000rpm dengan tork mencecah 96Nm pada 7,250rpm.
Ia turut dilengkapi dengan ciri lampu siang (DRL), pemijak kaki yang boleh ditanggal dan soket kuasa USB.
Berdasarkan harganya, ia boleh dikatakan tidak banyak berbeza dengan Hypermotard 939 sebelum ini. Bagi Hypermotard 950, ia dijual pada RM75,900, manakala RM 117,900 untuk Hypermotard 950 SP.