,
Berita

Khabib Bakal Menemui Peminat Di Malaysia Bulan Depan

Asyraf Roslan
28/08/2024
13:25 MYT
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.
Selain Kuala Lumpur, bekas juara lightweight UFC itu turut akan bertemu peminat di Jakarta, Indonesia pada 5 Oktober.

"Saya sangat teruja untuk mengumumkan, bahawa saya akan bertemu peminat saya dari Malaysia dan Indonesia tidak lama lagi. Jumpa anda di sana," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Pengumuman oleh Khabib itu mendapat sambutan dalam kalangan peminat di Malaysia termasuk petarung sensasi Muay Thai negara, Johan Ghazali, dan juga penyanyi dan pelakon, Alif Satar yang dilihat mengisi ruangan komen tersebut.
Khabib, 35, yang masih diingati kerana rekod cemerlang tanpa kalahnya 29-0 dalam UFC, telah bersara dari gelanggang MMA pada 2020.
Jaguh kelahiran Dagestan, Rusia itu mengumumkan persaraan dari sukan tersebut sejurus selepas kemenangannya ke atas Justin Gaethje dari Amerika Syarikat dalam pertarungan kejuaraan lightweight.
Meskipun sudah bersara, aura dan pengaruhnya dalam dunia MMA masih kuat dan beliau terus mendapat perhatian ramai.
Antara pertarungan yang paling mendapat perhatian ialah pertarungannya dengan bintang UFC dari Ireland, Conor MgGregor pada 2018.
Khabib juga masih aktif melatih serta menjadi ‘corner’ untuk petarung-petarung muda lain seperti sepupunya Umar dan Usman Nurmagomedov, dan juara lightweight UFC, Islam Makhachev.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berita

Rakyat Malaysia Lawat Atau Transit UK Perlu Mohon ETA Mulai 2025

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Mulai 8 Januari tahun depan, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.