,
Berita

Khabib Bersara Dengan Rekod 29-0, Lawan Terakhirnya, Justin Gaethje: Ayahmu Bangga

Maliah Surip
25/10/2020
02:47 MYT
Dunia dan peminat sukan MMA dikejutkan dengan pengumuman bintang UFC Khabib Nurmagomedov yang memutuskan bersara sebaik memenangi pertarungan ke 29nya dengan Justin Gaethje di UFC 254 di Abu Dhabi, 25 Oktober 2020.
Pesohor sukan berusia 32 tahun itu mengambil keputusan tersebut sebagai menunaikan janji kepada ibunya.
Beliau berjanji akan berhenti daripada dunia pertarungan setelah kehilangan ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov yang meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi virus corona pada 3 Julai 2020.
"Ini pertarungan terakhir saya. Tidak mungkin saya datang ke sini tanpa ayah saya.
"Saya berbincang dengan ibu selama tiga hari setelah UFC menelefon saya untuk bertarung dengan Gaethje. Saya berjanji kepadanya ini menjadi pertarungan terakhir saya.
"Saya harus menepati janji saya. Ini pertarungan terakhir saya," kata Khabis seperti dilaporkan CNN.
Malah setelah usai bertarung, Khabib menuliskan sebuah pesan khusus yang didedikasikanbuat ayahnya di akaun Instagramnya.
"Ketika Allah bersamamu, tidak ada apapun yang boleh menghancurkanmu. Tidak ada.
""Terima kasih ayah atas segalanya. Kamu mengajar saya tentang hidup. Semoga Allah memberikanmu tempat tertinggi di syurga," tulis Khabib.
(Kenangan Khabib bersama Almarhum ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov)
Sementara itu, Gaethje yang tewas pada pusingan kedua ikut mengungkapkan rasa dukacita di atas pengumuman yang dilakukan Khabib.
Meski demikian, beliau menghormati keputusan besar yang diambil Khabib saat dirinya berada di puncak karier.
Bercerita kepada media dalam sidang media selepas tamat pertarungan mengenai tindakannya menghampiri Khabib yang bersujud dan menangis usai menewaskannya, Gaethje mengatakan ia menyelitkan kata kata semangat buat 'wira' itu.
"Saya beritahu, saya tidak punya kesempatan untuk mengucapkan takziah atas pemergian ayahnya, tapi saya turut berduka cita.
"Saya katakan beliau baru saja membuat ayahnya sangat bangga," kata Gaethje.
Khabib memulakan kariernya pada tahun 2008 dan sejak itu dengan 29 pertarungan yang diharunginya, beliau tidak pernah tewas.
Salah satu pertarungan yang menjadikan dirinya begitu dikenali seluruh dunia adalah selepas menewaskan Conor McGregor pada edisi UFC 2018.
Kredit Foto: Talksport.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Berita

Khabib Bakal Menemui Peminat Di Malaysia Bulan Depan

gempak
28/08/2024
13:25 MYT
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.
Sukan

Pemenang 5 Kali Pingat Olimpik, Tom Daley Umum Bersara Sukan Terjun - "Inilah Waktu Sesuai Untuk Menamatkannya"

gempak
13/08/2024
02:30 MYT
Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hiburan

Rasa Dah Tidak Releven, Rossa Dedah Pernah Mahu Bersara, Jual Aset & Pindah Negara

gempak
30/07/2024
02:55 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Datuk Sri Rossa tampil membuat pendedahan pernah mahu mengundurkan diri daripada karier seni kerana berasa sudah tidak releven.
Berita

Bosan, Keseorangan Punca Warga Emas Bersara, Berjudi Dalam Senyap - Pakar

gempak
13/07/2024
03:55 MYT
Persaraan sering dianggap sebagai masa untuk berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri selepas bertahun-tahun bekerja keras.