Pengusaha makanan popular, Nur Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.

Didakwa mirip



Menerusi hantaran di platform X, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar baju-t berkenaan dan dibandingkan dengan logo kumpulan NCT Dream yang digunakan pada era Hello Future.

“Naur (no), how dare you,” tulis individu berkenaan.

Menerusi ruangan balas, ramai yang memberikan pendapat mengenai rekaan baju-t yang dijual oleh Kieda itu.



Namun, ada dalam kalangan netizen yang menganggap rekaan tersebut tidak sama. Menurutnya, rekaan tersebut hanya mirip pada warna sahaja.



Kieda sebelum ini ‘mengejutkan’ ramai orang apabila mengumumkan penjualan baju-t rekaan berdasarkan nama perniagaannya, Kieda Crepe.

Untuk rekod, Kieda terkena sebagai pengusaha makanan dan sering viral di media sosial susulan populariti pemanis mulut yang diusahakannya.

Sumber: Platform X, TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Approved Pencabar Baharu Kieda Crepe? - “Saya Sediakan Air Untuk Pelanggan Sebab Tak Mahu Ada Lagi Yang Pengsan”

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Nafi Ceroboh Privasi Staff - “Jangan Aniaya Manusia Yang Pernah Ada Kebaikan Untuk Ampa”