Laman Utama
Kim Kardashian ‘Berani’ Kongsi Gambar Tayang Punggung Buat Tontonan Umum
Selebriti popular antarabangsa, Kim Kardashian sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berani tampil dalam keadaan separuh bogel ketika sesi fotografi bersama majalah Interview Magazine bagi edisi September.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kim dilihat memakai jaket jeans berwarna biru sambil melondehkan bahagian belakang seluar hingga mendedahkan keseluruhan punggungnya.
Memetik laporan majalah tersebut, Kim menjelaskan keputusan untuk memakai jockstrap (pakaian dalam) itu merupakan ideanya sendiri, malah Kim turut berpuas hati dengan hasilnya.
Advertisement
“Ya tuhanku. Saya menyukainya (memakai jockstrap), lagi-lagi dapat bekerjasama dengan Nadia Lee (jurugambar), kami sangat gembira apabila kami membuat penggambaran bersama.
“Ketika team fotografi memaklumkan tidak boleh memakai jockstrap, saya katakan mengapa tidak boleh, ini yang saya mahukan, jadi saya gembira dengan hasilnya,” katanya kepada majalah berkenaan.
Dalam pada itu, Kim turut berkongsi beberapa foto lain yang diambil ketika sesi fotografi tersebut buat tontonan umum.
Terdahulu, wanita kelahiran Los Angeles, California itu pernah tampil berbogel dalam satu lagi sesi fotografi bersama majalah Paper sehingga menjadi bualan ramai.
Sumber – Interview Magazine
Must-Watch Video