Nampak glamor dan sentiasa ‘bersedia’ di depan kamera, ironi, Kim Kardashian juga menjalani kehidupan terutama sebagai seorang ibu seperti biasa.
Selebriti berpengaruh dunia, mogul bisnes dan bakal peguam yang terkenal lewat program realiti televisyen ini mengaku berbanding semua pekerjaan tersebut, ‘kerjaya’ paling mencabar buatnya adalah menjadi seorang ibu.
Kim mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Kanye West. Mereka adalah North, Saint, Chicago dan Psalm.
Menurut Kim, membesarkan empat orang anak bukan sebuah tugas mudah.
“Ramai yang kata membesarkan anak terasa hari sangat panjang, namun tahun menjadi pendek dan saya setuju dengan itu terutama sewaktu mereka kecil.
“Ia sebuah cabaran yang besar namun menjadi pengalaman paling berharga,” katanya yang menjadi tetamu podcast On Purpose with Jay Shetty seperti dilaporkan CNN.
Tambah Kim yang bercerai pada tahun lalu, meski kadang tidak bersedia dengan apa yang akan dilalui, namun seorang ibu tetap perlu mengharunginya.
“Ada masanya saya menangis sebelum tidur. Ada masa juga kita tidak bersedia dengan apa yang akan dilalui tapi anda akan mencari jalan bagaimana menyelesaikannya.
“Pada akhirnya ia akan membuat kita bangga kerana berjaya melalui hari yang sukar (membesarkan anak),” katanya lagi.
Meski mengakui tidak sukar menjadi seorang ibu dan membesarkan anak, namun Kim tidak mahu menukar ‘kerjaya’ tersebut dengan apapun yang ada di dunia.
“Ini memang sebuah pekerjaan yang rumit tapi paling berbaloi dijalani di planet ini,” katanya yakin.
Maliah Surip
Mon May 22 2023


#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan

#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Melompat Gembira Siti Nurhaliza Puji Skil & Suara Bagus! - "Terperanjat! Syukur Tak Terkata Apa Dah"
Memang suara dan skil nyanyian Nadeera Zaini mantap!

#PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!
Wow, letupan! Tahniah!

Ini Tindakan Remy Ishak Apabila Menerima Mesej & Gambar Berbaur Godaan Daripada Peminat - “Saya Terus…”
Cara Remy Ishak tepis godaan

#BIGSTAGE5: Meer Nash Ada Pakej Lengkap Tapi Kurang Pada Vokal, Ajai Kata Boleh Usaha! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Jangan putus asa Meer Nash.

Muda 4 Hari, Adik Shila Amzah Tak Nak Panggil Ubai Dengan Panggilan ‘Abang’
Habis tu nak panggil apa?

Terpengaruh Kartun, Budak Empat Tahun Terjun Dari Tingkat 26 Guna Payung
Bahaya tu...