Laman Utama

Kim Kardashian Sanggup Makan Najis Untuk Kekal Muda?

gempak
Izwan Isa
03/06/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Kim Kardashian Sanggup Makan Najis Untuk Kekal Muda?
Bintang realiti dan usahawan popular, Kim Kardashian bergurau sanggup makan najis jika ia mampu memberikan kesan awet muda.
Hal tersebut dinyatakan oleh Kim menerusi satu wawancara bersama The New York Times baru-baru ini.
“Jika kamu beritahu yang saya perlu makan najis setiap hari untuk kekal muda, saya sanggup. Saya mungkin sanggup,” katanya bergurau.
Sungguhpun bergurau, namun, kenyataan Kim itu telah mencetuskan pelbagai respons dalam kalangan netizen.
“Kenapa saya rasa dia dah cuba?”
“Persoalannya, berapa banyak najis?”
Disebabkan wawancara tersebut dijalankan sempena dengan promosi produk penjagaan wajahnya, Sknn by Kim, ada juga yang bertanyakan adakah najis merupakan kandungan utama bagi produknya.
“Adakah najis merupakan bahan utama Sknn?”
Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan Kim lebih ‘gila’ daripada bekas suaminya, Kanye West yang sebelum ini pernah mencetuskan pelbagai kontroversi.
Terdahulu, kakak kepada Kim, Kourtney mendedahkan yang doktor menasihatinya untuk minum air m*ani suaminya, Travis untuk meninggikan peluang kehamilan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live