Tidak dinafikan naskhah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton- penonton untuk menonton filem di pawagam.
Ternyata ia menjadi pilihan buat Datuk Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah untuk menghasilkan filem baharu berjudul Sue-On.
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
BACA: Annie Arifin Beri Penerbit Tempoh Seminggu Buat Permohonan Maaf Terbuka, Rasa Teraniaya Gosip Kahwini AR Badul
“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperD Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.
“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya.
Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu, Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang menghiburkan.
Dalam pada itu, ujarnya lagi sebagai seorang penerbit, dia meletakkan harapan agar filem Sue-On ini dapat menambat hati penonton.
“Selain saya, mereka yang terlibat dalam filem ini termasuk pengarah, pelakon dan kru juga pasti mahu melihat kejayaan filem ini.
“Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Razif Ajiboy Rashid selaku pengarah berkata, dia menjadikan arwah Mamat Khalid sebagai inspirasi untuk dia menghasilkan filem Sue-On ini.
Menganggap allahyarham sebagai ‘sifu’ dalam bidang pengarahan, tidak dinafikan dia banyak menjadikan filem-filem arahan Mamat Khalid sebagai rujukan.
“Saya banyak membesar dengan filem-filem beliau. Malah, saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada beliau,” ujarnya.
Razif berkata, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember 2021 di Taiping, Perak.
Dalam pada itu, Razif juga mengakui dia tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran tertentu sepanjang menghasilkan filem Sue-On.
Sue-On berkisar tentang seekor hantu Korea yang sering mengganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam, nasib Sue-On tidak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin televisyen, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton dengan begitu lama, mematikan suis televisyen lalu membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.
BACA: Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram
Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudannya telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah.
Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin televisyen itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan televisyen mereka. Kini, Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.
Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 Julai 2023.
Izwan Isa
Sun Jun 25 2023
Ruhainies Maafkan Netizen Bergosip Tentangnya - “Mereka Tak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku..”
Aktres sensasi, Ruhainies mengakui akan memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversi nya baru-baru ini.
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak