gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Penonton Cuak Lihat Katy Perry Hampir Terjatuh Dari Props Rama-Rama Gergasi
HIBURAN
Fazura Temui Ketenangan & Positiviti Sejak Kerap Buat ‘Live’ - “Dulu Kehidupan Saya Lebih…”
HIBURAN
Dipeluk Nelydia Senrose, Hariz Hamdan Mohon Maaf - “Mungkin Pada Saat Itu Dia Rasa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kisah Silam Jadi Pengajaran, Alya Iman Buat Laporan Polis Dakwaan Punca Keretakan Rumah Tangga Selebriti! - "Saya Jadi Sasaran, Tohmahan, Fitnah..."

Amri Hassan
Amri Hassan
20/07/2025
01:25 MYT
Sponsor Banner
Kisah Silam Jadi Pengajaran, Alya Iman Buat Laporan Polis Dakwaan Punca Keretakan Rumah Tangga Selebriti! - "Saya Jadi Sasaran, Tohmahan, Fitnah..."
Nama pelakon Alya Iman, kembali menjadi bualan hangat selepas dikaitkan dengan dakwaan sebagai punca keretakan rumah tangga sepasang selebriti terkenal.
Susulan spekulasi liar yang tular di media sosial, Alya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi pada 19 Julai 2025 bagi menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya telah menjadi sasaran tohmahan dan fitnah oleh netizen yang menyebarkan pelbagai kenyataan tidak berasas, mencaci serta melabel saya.

“Disebabkan penyebaran fitnah ini, saya telah mengalami tekanan, kehilangan reputasi, dan kerjaya saya turut terjejas akibat kecaman terbuka oleh masyarakat.
"Spekulasi dan kata-kata kesat yang dilemparkan secara bebas di media sosial telah berlaku tanpa sebarang bukti yang sah.
"Sebagai langkah mempertahankan diri dan maruah saya, saya telah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan," maklumnya menerusi kenyataan media di Instagram.
Dalam masa sama, Alya mengakui dirinya bukan insan sempurna dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki diri.
"Saya juga berharap agar pihak yang terlibat memastikan keadilan ditegakkan melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.
"Tujuan saya mengambil tindakan ini adalah sebagai pengajaran kepada mana-mana individu agar lebih bertanggungjawab terhadap apa yang disebarkan lebih-lebih lagi dalam dunia media sosial yang mudah menularkan maklumat yang belum tentu benar.
"Saya tidak menafikan bahawa saya bukanlah insan yang sempurna. Namun, apa yang berlaku di masa silam biarlah menjadi pengajaran. Saya memilih untuk tidak mengulanginya dan terus melangkah ke depan dengan lebih baik.
"Akhir kata, saya mendoakan agar semua pihak yang terlibat akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT," tambahnya.
Terdahulu, nama Alya hangat diperkatakan selepas muncul dakwaan mengaitkan namanya sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pasangan artis terkenal tanah air.
Namun, Alya menafikan dakwaan itu.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kontroversi
#Polis
#Alya Iman
#Penyondol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement