Pelakon Elfira Loy mendedahkan ramai yang bertanyakan mengenai bagaimana anaknya Muhammad Rayyan Khalaf, 2, boleh menjadi seorang anak yang bijak di awal usianya.

Berkongsi serba sedikit pengalamannya, Elfira memberitahu ibu bapa tidak seharusnya membandingkan anak mereka kerana kanak-kanak dilahirkan bijak.

“Semalam , saya dapat banyak sangat soalan ."Macammana Rayyan boleh pandai , kenapa anak saya tak pandai lagi " .

“Pertama sekali, saya minta maaf kalau video- video rayyan buat awak stress and insecure. Jangan jadikan semua info baby lain sebagai benchmark tapi more kepada guidelines.

“Kita kena focus pada setiap benda baru anak kita buat . Babies are smart. Rayyan cakap nak poo poo pun dengan kata " ball " pun I dah rasa pandai sangat. Dia minum susu pun I dah " cleveeer boy " katanya.

Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Elfira memuat naik rakaman video bersama anaknya.

Tambah Elfira lagi, dia tidak mengajar anaknya huruf dan nombor sebaliknya banyak bermain serta berkomunikasi bersama.

“Saya memang tak ajar pun Rayyan Alphabets & Numbers lagi. Cuma banyak ajak dia play and communicate.

“Setiap kali tunjuk barang tu sebut nama . Bukan tuuu , niii . Mesti sebut Milk , dog , cat , lama lama main toys dia yang banyak animals tu tetiba sekali gus dia boleh sebut. Kiteorang pun amaze.

“Ni pun after sekali tengok youtube Abc tu terus dia boleh sebut. I think words lagi susah dari ABC. So bila dia dah kenal animal, dia dah boleh ikut the alphabet tu. Masa tu akan tiba okay mommies. Step by step.

“Selalu kiteorang tanya doktor , setiap kali checkup , dr dah pesan " Next appointment Rayyan dah kena pandai gabung two words " okay kita cuba lah cakap two words two words,” jelasnya.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Kahirol Anuar pada 1 Januari 2019.

A post shared by @elfiraloy