Laman Utama
“Kita Semua Kena Scam”- Netizen Kecewa Dipermainkan Dengan Cerita Tunang Zara Zya?
Akhirnya foto tular pelakon Zara Zya disarungkan cincin yang menimbulkan tanda tanya sama ada pelakon itu kini bergelar tunangan orang terjawab.
Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, sendiri menerusi akaun Instagram miliknya mendedahkan video penuh acara menyarung cincin itu hanyalah promosi untuk produk makanan tambahan.
Dalam video berkenaan, dia memuat naik momen saat kononnya disarungkan cincin serta menerima hantaran berupa produk yang diperkenalkan.
Menerusi kapsyennya dia bersyukur kerana dipermudahkan urusan dan produk itu khas buat peminatnya.
“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah permudahkan semuanya. Kepada peminat dan followers Zara, this is for you,” katanya.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata seperti kecewa apabila merasakan mereka sudah tertipu selepas percaya foto yang tular adalah benar-benar tentang berita pertunangannya.
“Ahhh..kita semua kena scam. Aku siap komen semoga Zara Zya dipermudahkan urusan hingga ke alam perkahwinan. Rupanya tunang dengan breakoat (produk makanan),” kata salah seorang netizen.
“Mainkan perasaan!” kata salah seorang warga maya.
“Siot betul la.. baru nak tengok siapa gerangan jejaka,” kata netizen dengan pasrah.
“Sekarang kalau launch produk memang kena buat macam yang nak kahwin,” persoal salah seorang warga net.
Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak terbabit menjadi tular.
Selain Shuib, dia juga pernah di 'kenenkan' dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.
Must-Watch Video