Laman Utama
“Kita Tak Boleh Pilih Nasib Dengan Covid-19”- Dr Ezani Masterchef Kongsi Pengalaman Dijangkiti Wabak Covid-19
Juara Masterchef Malaysia musim pertama, Dr Ezani Monoto mengesahkan dia dan suami sudah pun pulih dari jangkitan Covid-19 selepas tamat kuarantin pada 3 Ogos lalu.
Berkongsi pengalaman dijangkiti wabak berbahaya itu, Dr Ezani bersyukur kerana mereka tidak mempunyai apa-apa simptom yang buruk.
“Alhamdulillah kami berdua tak ada simptom, dan juga the rest of the family yang satu rumah disahkan negatif. Dan dah tamat kuarantin 3 August lalu. So, we’re ok don’t worry.
“Kita tak boleh pilih nasib dengan Covid-19, memang ketentuan Allah. Ada yang bernasib baik, tak ada gejala, sebaliknya pula ada yang sampai parah dan meragut nyawa,” katanya.
Ezani berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Mengulas lanjut mengenai pengalamannya, wabak itu boleh diatasi dengan ikhtiar dan menjaga SOP (prosedur operasi standard).
“Kita boleh ikhtiar, bermula dengan prevention. Sekarang ni kene anggap semua orang positif Covid-19, sebab sesiapa sahaja boleh ada wabak itu dan ramai yg tak ada gejala dan tak sedar mereka dijangkiti berkeliaran di luar sana.
“Selamatkan dan jauhkan diri dari dekat dengan risiko-risiko yang boleh menyebabkan kita dijangkiti. SOP SOP SOP , tak guna kalau pakai mask tapi bocor bukak sana sini. Kalau dijangkiti juga, ikut betul-betul saranan dan nasihat KKM,” nasihatnya.
Bercerita lanjut mengenai pengalamannnya yang pernah dijangkiti wabak itu, Ezani berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil.
“Observe kesihatan sendiri semasa dalam quarantine. Penting untuk ada Oximeter untuk check paras oxygen dalam darah (boleh beli di farmasi atau online).
“Kepada yang high risk (seperti dalam saranan KKM) iaitu ibu mengandung, bayi, orang tua, obese, mempunyai penyakit2 lain terus lah ke CAC (pusat kuarantin) bila didapati positif atau bergejala,” kongsinya.
Ezani yang sudah menerima satu dos vaksin Covid-19 memberitahu senjata utama sekarang adalah vaksin dan meminta semua segera mendapatkannya.
“Akhir sekali, inilah senjata kita to ultimately overcome Covid - VACCINE. I know for a fact that even though I hadn’t completed my 2nd dose vaccine masa tested positif haritu, it made so much difference to my outcome.
“Tak siapa sangka dengan keganasan varian-varian baru ni, begitu parah sehingga membawa maut. Ya Allah, protect us all. Ampunilah mereka yang telah terkorban. Bantulah dan kuatkanlah frontliners yang bertarung hari-hari melawan Covid-19,” ujarnya.
Must-Watch Video