Covid-19

“KKM Kesan 207 Kes Sporadik” - Dr Noor Hisham

Mya Amri
12/05/2020
04:04 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat ini sebanyak 207 kes daripada keseluruhan kes positif COVID-19 diklasifikasikan sebagai jangkitan sporadik, lapor Awani
Jumlah itu adalah sejak hari pertama wabak itu dikesan di negara ini.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes tersebut menunjukkan perubahan positif selepas KKM hanya mengesan tiga jangkitan kes dalam tempoh dua minggu. Ia masing-masing membabit dua kes Influenza-Like Illness (ILI) dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
Kalau kita lihat tempoh dua minggu, satu cycle PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) misalnya, hanya kita dapat tiga kes sahaja.
“Jadi kes-kes survelan (jangkitan dalam kalangan masyarakat) – ILI dan SARI semakin berkurangan.
“Itu menunjukkan dalam virus dalam komuniti semakin berkurangan tetapi masih ada dalam komuniti dan kalau dibandingkan dengan awal bulan April, kes-kes SARI dan ILI makin meningkat masa itu,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Jelas Dr Noor Hisham lagi, penularan jangkitan dalam masyarakat dapat dikurangkan sekiranya garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dipatuhi oleh masyarakat. Ia termasuk arahan untuk kekal berada di rumah, mengamalkan penjarakan sosial dan konsep ‘3C’ – mengelak kawasan sesak (crowded places); tempat sempit (confined spaces); dan bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.