Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Tiada Rezeki, Fazley Yaakob & Fariedz Diumum Tersingkir

Ttmm

Sekilas

  • Datuk Fazley & Fariedz Fazley menjadi pasangan kedua yang tersingkir dari Talk To My Manager 2 selepas mendapat markah terendah menerusi persembahan lagu Baby dan Kopi Dangdut.
  • Pak Azad dan Amarra memenangi Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keempat serta membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hamper.
  • Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi merangkul anugerah Manager Paling Perform dan memilih hadiah ‘hello senior manager’ dalam pertandingan yang dikendalikan Aznil Nawawi.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk Fazley & Fariedz Fazley menjadi pasangan kedua meninggalkan pentas tersebut.

Fazley & Fariedz Fazley mendapat markah terendah daripada juri menerusi persembahan Baby nyanyian Justin Bieber dan Kopi Dangdut oleh Fahmi Shahab

Advertisement

Turut  berada di tangga tiga terbawah adalah Safura & Kim Khairii dan Ani Mayuni & Viviana.

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu keempat menjadi milik Pak Azad dan Amarra.

Hasil kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Sementara itu, Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi berjaya merangkul anugerah Manager Paling Perform (MPP).

Hasil kemenangan itu, A.Aida dan Azeva diberikan tiga pilihan hadiah iaitu ‘hello senior manager’, giliran persembahan dan pertukaran lagu. 

Bagaimanapun, sebagai pengurus A. Aida dan anaknya memilih ‘hello senior manager’.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Datuk Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Datuk Seri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Jaclyn Victor selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement