Lebih 29 laluan akan ditutup di sekitar Kuala Lumpur pada 30 September dan 1 Oktober akan datang bersempena dengan dua acara antarabangsa yang dijadulkan berlangsung pada hari tersebut.

Dua acara tersebut adalah Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 yang akan berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober serta perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdl) yang akan bermula daripada Setia Alam dan berakhir di KLCC pada hari Sabtu yang sama.

Mengulas lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid memberitahu, kesemua, laluan yang terlibat akan mula ditutup bermula jam 12 tengah malam sehingga 11 pagi esoknya.

Terdapat 12 jalan yang akan ditutup bagi KLSCM 2023 (lihat peta) pada 30 September iaitu Jalan Raja Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang arah pusat bandar dan Jalan P Ramlee.

Selain itu, jalan-jalan seperti Jalan Kuching menuju bulatan Dato’ Onn, Jalan Parlimen kedua-dua arah, Jalan Kinabalu menuju bulatan Dato’ Onn, Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah dan bulatan Hishamuddin ke Jalan Raja turut akan di tutup bagi memberi laluan kepada acara larian tersebut.

Bagi 1 Oktober pula, laluan yang akan di tutup adalah seperti Jalan Raja Dataran Merdeka, bulatan Dato’ Onn ke Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) ke Jalan Tun Perak, Jalan Tun Perak ke bulatan Dato’ Onn, Jalan TAR dan dari Chow Kit ke Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah utara dan selatan, Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Sentul ke Jalan TAR - Jalan TAR dari Bulatan Pahang - Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dan dari Chow Kit ke Persimpangan Jalan Raja Abdullah.

Selain itu, Jalan Raja Abdullah kedua-dua hala sehingga ke sepanjang Jalan Sultan Ismail, Jalan P.Ramlee ke Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang juga akan di tutup pada hari tersebut.



Mengenai laluan Le Tour De Langkawi (LTdl) pula, laluan yang akan terlibat adalah dari Jalan Jelatek ke Jalan Ampang menuju pusat bandar dan ke arah Jalan Kampung Pandan serta laluan ke arah Pusat Bandar Ampang.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Trafik KL di talian 03-20719999 / 03-20719777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau layari laman Facebook Polis Kuala Lumpur atau Facebook Trafik Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.

Sumber: Harian Metro