Satu festival muzik bertaraf antarabangsa dikenali sebagai KL Jamm akan diadakan di Kuala Lumpur sebagai platform menghimpunkan ramai penggiat seni muzik dari seluruh dunia.
Pengerusi KL Jamm yang juga Presiden KRU Music Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim berkata, acara sebegini cukup penting dalam mewujudkan satu platform hiburan yang menyatukan artis tempatan dan luar negara merangkumi rantau Asia Pasifik.
"Ia juga sebagai mempromosikan kerjasama strategik membabitkan artis tempatan dan luar sama ada penyanyi, pemuzik, komposer dan produser termasuk rekod label, promoter, pengurus artis dan pengedar peralatan muzik serta penglibatan media tempatan dan antarabangsa secara bersama," katanya dalam satu kenyatan menerusi Instagram (IG) akaunnya hari ini.
Ujarnya, agenda acara ini juga diadakan untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia yang mempunyai masyarakat moden, progresif dan berbudaya dengan menggunakan platform muzik pop.
Festival ini akan diadakan pada 26 sehingga 28 April 2019.
Menariknya, acara ini menghubungkan 200 artis tempatan dan luar negara, 50 panel untuk simposium muzik, 100 pemamer untuk ekspo muzik dan 50 wakil media luar.
Paling penting, Norman memberitahu acara yang mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Asia Music City, Quill City Mall dan Unusual Productions Pte Ltd ini diadakan untuk memberi hiburan pada ribuan peminat muzik untuk turut serta.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: getsurrey.co.uk
Elrafaei Sapi
Fri Apr 27 2018


Tiga Versi Lagu Kendati Trending, Amylea: "Saya Rasa Ini Bukan Cup of Tea Malaysia"
Selepas dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu, lagu Kendati nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan terus diminati dan menjadi siulan pencinta muzik tempatan.

Da'i Syed Kongsi Gambar Pakai Apron, Ramai Peminat Perempuan Jatuh Hati - "Masak Pun Hensem Tak Tau Nak Cakap La"
Untung sapa dapat dia ni.

Seekor Ditembak, 2 Anjing Dicuri, Lady Gaga Tawar Setengah Juta Dolar Dengan Pesanan: "Jangan Tanya"
anjing dari baka Perancis dibawa lari perompak

Isu Saman Fitnah - Vivy Yusof, Netizen Bersemuka Di Mahkamah Ogos Depan
Semoga dipermudahkan untuk kedua-dua pihak.

Psst! Ini Lagu-Lagu Yang Ada Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends
Yuna, Altimet & Hael Husaini nyanyi lagu apa?

Datuk Ras Adiba Radzi Selamat Jalani Pembedahan, Jahit Semula Ligamen...
Alhamdulilah...Datuk Ras Adiba selamat jalani pembedahan

#MamiPiqahCorner: Salahkah Pakai Seluar Ketika Berpantang? Doktor Kata Lain, Mak Di Kampung Lain Pula Caranya…Mana Satu Betul?
Pantang tradisional atau moden?

Dah Jadi Macam-Macam, Tapi Mana Satu Watak Zizan Paling Korang Love?
Zizan kalau berlakon wuih boleh tahan ya!

COVID 19: Angka Kembali Naik ke 2 Ribu, Kes Kematian Mencecah 1,111
Jaga diri, patuh SOP.

“Nak Tangkap Sajat Ke John Wick Ramai-Ramai Ni?” - Netizen Pelik Kenapa JAIS Kerah 122 Anggota
Sampai 122 orang memang ramai, tapi mungkin ada alasan tertentu?