Empat personaliti dengan latar belakang berbeza iaitu Nabil Ahmad, Intan Serah, Douglas Lim dan Abang Botak memulakan perjalanan di United Kingdom dalam misi menjelajah stadium terkemuka Premier League.

Namun percutian yang disangka memberi keseronokan itu rupa-rupanya ada misi dan tugasan tersebunyi perlu mereka selesaikan.

Sedikit kelainan dalam program From KL To PL ini, anda dapat menyaksikan percutian mereka adalah berkaitan dengan sukan bola sepak.

Bagi yang sudah mengikuti program ini sejak episod pertama, sudah pasti anda tahu gelagat lucu empat selebriti ini ketika melaksanakan misi yang diberikan kan?

Masing-masing mempunyai karakter tersendiri, kalau dari segi pengetahuan tentang sukan, sudah semestinya pengulas Astro Arena iaitu Abang Botak paling menang kan?

Intan Serah pun tidak kurang hebatnya, confirm ada kelebihan kerana dia merupakan pemain bola sepak kebangsaan.

Tapi ada juga momen melucukan apabila mereka berdua apabila berdepan dengan ragam Nabil dan Douglas yang terkenal dengan perangai ‘masuk air’ mereka. Boleh bayang tak?

Jadi jangan lupa saksikan kembali semua episod From KL to PL di Astro Go.

From KL to PL (Premiere League) dibawakan oleh U Mobile. Kekal berhubung dengan Data Perantauan Global PERCUMA DI 63 DESTINASI dan banyak lagi dengan panggilan masuk PERCUMA di luar negara eksklusif bersama U Postpaid Terunggul 5G.

Nak tahu lebih lanjut, KLIK Di SINI