Berdasarkan survey penilaian purata daripada pengunjung yang dibuat oleh Business Financing, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menduduki tangga kelapan sebagai lapangan terbang yang paling teruk di Asia.

KLIA turut berkongsi kedudukan skor purata yang sama iaitu sebanyak 3.36 markah dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Tapi, apakah punca yang menyebabkan KLIA mendapat kedudukan sedemikian?

Beratur Panjang, Lampu Malap & Kurang Kemudahan Yang Selesa

Menurut airlinequality.com, pengunjung sering merungut tentang kemudahan yang tidak selesa seperti reka bentuk lapangan terbang KLIA yang lemah sehingga menyebabkan mereka terpaksa beratur panjang dan perlu berjalan kaki untuk sampai ke terminal.

Berita Trending: KLIA Terminal 1 ‘Sambut’ Kelahiran Bayi, Netizen Tinggalkan Komen Kreatif & Lucu:…

Selain itu, sistem pelepasan imigresen yang tidak cekap juga menjadi salah satu punca pengunjung perlu mengambil masa yang lama untuk beratur.

Pencahayaan lampu yang malap di sekitar lapangan terbang sehingga memberikan suasana yang kurang menyenangkan kepada pelancong turut menjadi asbab KLIA mendapat kedudukan tersebut.

Sekadar info, selain KLIA, lapangan terbang yang mendapat tempat pertama terburuk di Asia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait (1.69) diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty Kazakhstan (2.62) di tempat ke-2, dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Arab Saudi (2.72) di tempat ke-3.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait mendapat tempat pertama kerana difahamkan pengunjung tidak berpuas hati dengan bau yang tidak menyenangkan, kakitangan yang tidak profesional dan proses menaiki pesawat yang sangat perlahan.

Sumber: WeirdKaya