Penyanyi rap yang sedang memperjuangkan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin, Caprice terus menerima pelbagai ugutan termasuk ancaman bunuh.

BACA: "Aku Pastikan Netizen Hentam Kau Sampai Rasa Nak Bunuh Diri" - Dedah Diugut, Caprice Tak Berdiam Diri

Berkongsi tangkap layar dari mesej kiriman langsung seorang pengguna di Instagram, Caprice akui tidak gentar dan bersedia untuk bersua muka dengan individu terbabit.

"Kita tak goyang langsung tak ada ugutan-ugutan macam ni. Nanti kita sampai KL, Caprice tunggu hang depan gate. Mohon semak cef ni pastikan pisau tu tajam sikit jangan guna pisau plastik," tulis Caprice.

Menerusi kiriman mesej itu, individu berkenaan mengugut untuk mencederakan penyanyi tersebut.

"Bila ko nak balik Malaysia? Parang dah lama asah dah ni. Lama tak makan darah Yahudi ni. Aku tahu ko balik je sini nahas ko. Nahas!" gertaknya.

Dalam pada itu, Caprice nekad akan menamatkan misi kemanusiaannya di wilayah bergolak itu sebelum pulang semula ke tanah air.

"Sejak Caprice nak buat LIVE 21 Julai... sampai hari ni. Sudah terima banyak ugutan dari yang taasub.

"Ada yang dari orang biasa, ada yang dari orang luar biasa. Betul-betul akhir zaman wahai rakyat Malaysia.

"Saya akan teruskan misi saya dan habiskannya walaupun meletakkan nyawa sendiri dalam bahaya. Fisabilillah," tulis Caprice menerusi Instagram Stories.