Pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, selamat melahirkan anak sulungnya, Putri Aleesya pada tanggal 29 Disember tahun lalu.
Dilahirkan secara normal dengan berat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, bayi perempuan itu merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup antara Hanez dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais.
Menerusi laman Instagram milik Hanez, aktres tersebut sering berkongsi gambar puteri sulungnya itu. Foto comel Putri Aleesya seringkali mendapat perhatian di kalangan pengikut Instagram Hanez.
Memasuki usia satu bulan setengah, ramai yang memuji kecomelan anak Hanez yang putih melepak. Ada juga yang geram melihat pipi gebu Putri Aleesya yang sangat comel.
Jom kita lihat koleksi foto comel Putri Aleesya, ihsan laman Instagram @hanezsuraya:
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.