Nama Datuk Aaron Aziz dalam industri lakonan di Malaysia bukanlah satu nama yang asing. Sejak 2004, pelakon asal Singapura itu mula menghiasi kaca televisyen menerusi beberapa drama bersiri popular tempatan.

Tidak terhenti setakat itu, pada 2008, karier lakonannya terus berkembang sehingga ke layar lebar. Pelbagai genre filem telah dilakonkan. Baik genre komedi romantik mahupun aksi, masih ada watak-watak yang dimainkan oleh Aaron kenal ikonik dan diingati hingga kini.

Berikut merupakan lima watak dalam filem yang dilakonkan oleh Aaron Aziz yang masih diingati sehingga kini:

Malek (KL Gangster)

KL Gangster berkisar tentang Malek lakonan Aaron Aziz yang merupakan abang kepada Jai (Datuk Adi Putra) dihukum penjara selama lima tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri. Watak Malek begitu sinonim dengan Aaron sehinggakan nama Malek itu sendiri sudah melekat dengan pelakon berusia 48 tahun itu.

Hariz (Ombak Rindu)

Filem adaptasi novel, Ombak Rindu merupakan antara filem tempatan yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu. Selain watak aksi, watak lelaki kaya dan rupawan bernama Hariz juga cukup sinonim dengan Aaron.

Ari (Pisau Cukur)

Siapa yang boleh lupa dengan filem Pisau Cukur? Persis naskhah chic-lit yang sering diketengahkan di Hollywood, Aaron menjayakan watak seorang penyiasat persendirian bernama Ari yang sama-sama membantu wartawan dikenali sebagai Intan (Nur Fazura) dalam merungkai kes bunuh di atas sebuah kapal persiaran.

Zarief Daniel (Suamiku, Encik Perfect 10)

Watak Zarief Daniel barangkali tidak sekuat watak-watak dalam filem lain. Namun, chemistry yang tercetus antara Aaron (Zarief Daniel) dan Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) sudah cukup untuk memukau peminat sepanjang filem dimainkan.

Farid (The Experts)


Terbaharu, Aaron kembali dengan The Experts, sebuah filem aksi berkisarkan tentang Farid dan adik-adiknya iaitu Amer (Remy Ishak), Lan (Ray Dap Dap), Emma (Mimi Lana) dan Keyrol (Syafiq Kyle) kembali bersatu selepas menerima satu ugutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

ARTIKEL BERKAITAN: Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level…

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana Ambil Masa Setahun Persiapkan Diri Untuk Filem ‘The Experts’ - “Saya Ada Pergi Kelas ‘Drift’ Sebelum Mula Penggambaran”

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.