gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bawa Nanny Lunara Naik Penerbangan Mewah, Netizen Tanya Intan Najuwa Ada Kerja Kosong Tak? - “Tolak Stroller Pun Saya Bersyukur Dah”
HIBURAN
Mek Yun Teruja Beli Rumah Pertama, Pesan Wanita Perlu Berdikari - “Tak Perlu Duit Suami”
HIBURAN
Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Komposer Zul Mahat Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Gempak
Gempak
01/03/2025
02:57 MYT
Sponsor Banner
Komposer Zul Mahat Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Industri muzik tanah air kehilangan seorang lagi bakat besar apabila komposer dan pemuzik terkenal, Zul Mahat, 64, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Jumaat malam akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak saudaranya yang memaklumkan kepada teman rapatnya, Rosnah Abdul Aziz.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat dialisis di Subang Jaya. Akibat insiden itu, beliau mengalami kecederaan di bahagian dagu dan mata selain patah tangan serta bahu kanan.

Allahyarham turut menjalani prosedur angiogram selepas doktor mengesan dua saluran darah tersumbat, sebelum dibenarkan pulang pada penghujung Januari.

Bagaimanapun, beliau dimasukkan semula ke hospital pada 17 Februari lalu selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Sepanjang kariernya, Zul Mahat telah menghasilkan banyak lagu untuk artis tempatan antaranya Perjalanan Duka nyanyian Min Malik, Sahabat dendangan Fauziah Latiff serta Sesat Dalam Gelita yang dipopularkan oleh kumpulan Spider.

Selain bergelar komposer, Allahyarham juga dikenali sebagai pemain keyboard yang sering terlibat dalam rakaman album artis tersohor seperti Datuk M Nasir, Search dan ramai lagi.

Pemergian beliau pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada industri muzik negara.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Komposer
#Zul Mahat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement