Baru-baru ini pelakon Ozlynn Wati memuat naik video anak-anaknya menghafal surah Al-Mulk di laman sosial Instagram (IG).

Aktiviti tersebut kata Ozlynn adalah sebagai salah satu pengisian pada hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Ozlynn turut menawarkan hadiah simpanan wang tunai ke dalam akaun bank kepada anak yang dapat menghafal surah tersebut.
View this post on Instagram

Game atau aktiviti hari ke 5 .. surah al mulk.. siapa yg hafal ada hadiah.. simpanan wang tunai ke dalam acc bank.. x byk mana.. cukup sekadar buat anak tersenyum.. sekurangnya kebaikan yg dia buat kita balas dgn kemanisan.. tv game yg melalaikan juga bisa digantikan dgn seribu kebaikan jika pandai manfaatkan kegunaannya.. sb ramai dm tanya mcm mane nak bahagikan masa dan nak bg anak2 aktiviti.. so ni salah satunya.. satgi kita bg upah kopok lekor goreng yg di goreng oleh dorthy.. semoga dpt dimanfaatkan ye sahabat.. chantiq juga sedang berusaha keras tu hehehe.. lagu elsa ko boleh hafallll kan.. yg ni ko x hapal siap aku keje kan??? doakan anak2 aku berjaya ye.. pada kalian yg anak2 dh hebat tahniah.. moga kebaikan kalian di BALAS KELAK..

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Dalam pada ramai yang memuji aktiviti Ozlynn dan Johan bersama anak-anak, ada juga yang mengecam pasangan ini.

Antaranya, yang mendakwa aktiviti seumpama itu tak perlu dipamerkan kepada orang ramai sebaliknya dilakukan secara senyap, biar Allah sahaja yang tahu.

Lebih menyedihkan apabila ada yang menyokong kecaman tersebut seolah-olah Johan dan Ozlynn riyak dalam mendidik anak-anak.

Bagaimanapun, seorang pengguna laman sosial telah bertindak mempertahankan Johan dan Ozlynn dan meminta individu yang melemparkan tuduhan tersebut belajar berfikir dengan lebih positif.

Kepada anda yang ingin menonton Johan dan Ozlynn di Astro, mereka juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO.

Dapatkan Astro GO di Apple Store dan Google Play sekarang!