Laman Utama

Kongsi Foto Berpelukan, Nabil Mahir & Ayda Jebat 'Diserang' Netizen!

gempak
Asraf Aided
01/09/2020
10:43 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Foto Berpelukan, Nabil Mahir & Ayda Jebat 'Diserang' Netizen!
Pengacara Nabil Mahir berkongsi sekeping foto bersama tunangnya, penyanyi Ayda Jebat sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Nabil sempat meluahkan rasa syukur dan gembira bergelar anak Malaysia dan pada masa yang sama, dia juga berterima kasih kepada mereka yang telah berkorban demi negara tercinta.
"Happy 63rd Merdeka Malaysia! Terima kasih kepada semua yang telah berkorban demi Malaysia dan keamanan yang dikecapi.
"Kita sangat bertuah menjadi rakyat Malaysia," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, lain pula jadinya apabila terdapat segelintir wargamaya yang mengkritik tindakan Nabil dan Ayda berpelukan dalam foto yang dikongsi itu.
Ada antara mereka yang mengingatkan pasangan selebriti itu tentang hukum berbuat demikian.
Walaubagaimanapun, Nabil bertindak untuk mendiamkan diri tanpa membalas 'serangan' komen tersebut.
Terdahulu, Nabil melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.
Nabil dan Ayda kemudiannya melangsungkan pertunangan pada 28 April lalu bersempena hari lahir Nabil yang ke-32.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live