Laman Utama

Kongsi Gambar Dengan Jejaka Persis Oppa K-Pop, Nurul Shuhada Minta Pendapat Anak - “Humairah, Umar Okay Tak Yang Ni?"

gempak
Shahrin Zulkifle
16/03/2023
05:00 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Gambar Dengan Jejaka Persis Oppa K-Pop, Nurul Shuhada Minta Pendapat Anak - “Humairah, Umar Okay Tak Yang Ni?"

Perkongsian terbaharu di laman Instagram milik bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sekeping gambar bersama seorang lelaki.

Pada hantaran berkenaan, Shuhada dilihat manis mengenakan tudung jenis bawal dan baju serba putih sambil duduk ditemani jejaka tersebut di sebelahnya.

Malah, Shuhada di ruangan kapsyen sempat berseloroh dengan bertanyakan kepada dua orang anaknya, Humairah dan Umar sama ada menyukai jejaka yang memiliki wajah seakan orang Korea itu atau tidak.

“Humairah, Umar, okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet?,” seloroh Shuhada.

Bagaimana pun, difahamkan jejaka berkenaan merupakan seorang model yang ditemui Shuhada ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran bagi sebuah jenama pakaian tempatan.

Pun begitu, rata-rata wargamaya di ruangan balas turut mengusik ibu kepada dua cahaya mata itu apabila mereka bersetuju sekiranya Shuhada bersama jejaka berkenaan.

“Dia mari dengan Oppa sahabat, mak love!” kata seorang wargamaya.

“Sesuai Shuhada, dapat anak Kpop nanti,” komen seorang warganet.

“Okay sis, saya support. Janji baik budi pekerti,” ujar seorang netizen.

Dalam pada itu, ada segelintir yang wargamaya yang menasihati Shuhada agar tidak menulis kapsyen sedemikian kerana dikhuatiri akan ada pihak yang sakit hati.

“Kalau boleh elak caption begini Shu, takut ada yang tak puas hati dan akan terus hentam awak nanti,” komen seorang netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live