Ahli kumpulan Zero, Atu, telah mendedahkan nama yang diberi kepada cahaya mata kedua selepas isterinya, Shafeeqa Johari bersalin pada bersalin pada 20 April lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

"Salam semua. Alhamdulilah. Bapak sama Sharif Salahuddin.

"Sumayyah sama mummynya @shafeeqajohari diatas buat kuih raya," tulisnya.

Salam semua Alhamdulilah Bapak sama sharif salahuddin Sumayyah sama mummy nya @shafeeqajohari diatas buat kuih raya #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on


Pengumuman nama anak Atu itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Sharif Salahuddin.

Ada juga yang mendoakan kesihatan anaknya dan berharap agar Sharif menjadi seorang anak yang baik pada kedua ibu bapanya.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga pereka fesyen pada 8 Februari 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan yang kini berusia 2 tahun.