Laman Utama
Kongsi Pengalaman Alami Buli Siber, Amira Othman; "Jangan Sebab Mulut Orang Kita Jadi Down"
Penyanyi Amira Othman menyedari kejadian buli siber semakin menjadi-jadi masa kini.
Menurut Amira, kadang-kadang dia sendiri berasa takut membaca komen-komen berani yang dilemparkan warganet.
"Saya akui berasa takut membaca komen-komen negatif netizen di internet, boleh dikatakat komen sebegitu memang luar biasa.
"Netizen yang suka meninggalkan komen negatif haruslah berfikir dahulu sebelum bertindak demikian, tapi apakan daya, perkara macam ini bukannya mudah untuk dikawal," katanya.
Amira berkata demikian ketika ditemui di sebuah kempen anti buli siber anjuran Himaya Premium Mask di ibu kota baru-baru ini.
Amira bersama Elfira Loy, Wany Hasrita dan Erra Fazira merupakan duta bagi produk berkenaan.
Bercakap mengenai pengalamannya sendiri, Amira akui pernah mengalami kejadian buli siber ketika dimasukkan ke hospital akibat terlalu kuat bersenam.
"Saya sendiri pernah mengalami dikecam netizen ketika dimasukkan ke hospital hujung tahun lalu.
"Saya masuk hospital sebab terlalu kuat bersenam, tapi ada netizen yang kecam cakap saya ambil suplemen tambahan untuk kurus hingga menyebabkan jatuh sakit," katanya lagi.
Justeru, penyanyi lagu Hati-Hati ini kini megambil langkah untuk tidak menghiraukan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya untuk mengelakkan tekanan.
"Sekarang, saya ambil langkah untuk abaikan sahaja komen-komen negatif yang dilemparkan kepada saya, kalau nak difikirkan tentang perkara sebegini, hidup saya pun boleh jadi tertekan.
"Asalkan kita tak buat perkara yang salah, saya rasa okay sahaja, jangan disebabkan mulut-mulut orang lain, kita yang jadi down," katanya menutup bicara.
Must-Watch Video