Laman Utama
Kongsi Rezeki Dengan Tukang Sapu Sampah, Noor Kartini Bekalkan Roti & Kari Ayam - "Mesti Mereka Gembira"
Ibu kepada selebriti sensasi Neelofa, Datin Noor Kartini, 55, telah berkongsi rezeki dengan tukang sapu sampah yang bekerja di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Noor Kartini menyediakan dua menu iaitu roti bakar dan kari ayam untuk diagihkan kepada 40 individu.
Malah katanya, untuk menyiapkan juadah kari dia telah membeli sebanyak tiga ekor ayam.
"Wow periuk besar hari ini. Aunty Tini (panggilan untuk diri) masak tiga ekor ayam..banyak.
"Sebab kita nak bahagi dekat orang bekerja di tepi jalan, yang tengah sapu daun kering dekat kawasan Taman Tun. Kita hantar makanan dekat mereka.
"40 keping roti dah siap bakar.. kari ayam pun dah siap. Kita kongsi rezeki, mesti mereka gembira," katanya.
Dalam pada itu, Noor Kartini turut berkongsi beberapa foto tukang sapu sampah yang tersenyum memegang bungkusan makanan beserta sampul duit raya.
Sebelum ini, nama Noor Kartini menjadi panas apabila didakwa mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.
Tulisan itu meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu berkuat kuasa sehingga 1 Ogos depan.
Susulan insiden berkenaan, Noor Kartini tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Noor Kartini turut berkongsi bukti perbualan dan salinan laporan polis yang dibuat pada 30 Mei.
Pada masa sama, pihak polis mengesahkan telah membuat siasatan berhubung isu tersebut.
Must-Watch Video