VIRAL
Kongsi Video Mesra Dengan Lelaki Sepanyol, Leona Nafi Bercinta - “Kami Hanya Lepak Dalam 10 Minit & Lepas Itu…”
Perkongsian video pempengaruh Kasih Iris Leona atau Leona dengan seorang lelaki Sepanyol mengundang pelbagai reaksi netizen yang membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.
Bukan kekasih
Menerusi video terbaharu Leona menegaskan lelaki itu bukan teman lelakinya malah mereka hanya sempat meluangkan masa bersama selama 10 minit sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: “Risau Betul Tengok ...” - Netizen Tegur Video Challenge Leona Hampir Terdedah Pakaian Dalam
ARTIKEL BERKAITAN: Leona Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berusia & Botak - “Saya Mempunyai Malam Yang Gila…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah Dia Tidak Pernah Melihat Payud*ra Sepanjang Hidupnya?” - Leona Ulas Isu Terima Komen Lucah
“Lelaki itu bukan kekasih saya… sebenarnya saya baru lima minit jumpa dia sebelum ambil video tersebut.
“Lepas itu, kawan-kawan saya pergi cakap dekat dia ‘oh tau tak, Leona suka lelaki Spanish’. Kemudian dia macam ‘oh saya Spanish’. Tapi waktu itu saya tak dengar dia dari Sepanyol.
“Saya ingat dia dari Itali. Kami hanya lepak dalam 10 minit dan selepas itu saya tak jumpa dah dia lagi,” kongsi Leona.
Hanya bergurau
Pada perkongsian yang sama juga, anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman ini juga meminta netizen untuk berhenti meninggalkan komen di akaun TikTok lelaki tersebut.
“Nak cakap kawan pun macam, kawan lima minit la… bukan kawan pun. Tapi dia sangat baik… relax, dia bukan teman lelaki saya.
“Korang ini tak tahu ke itu cara saya bergurau. Kesian dia tau, korang pergi komen dekat video dia. Dia mesti macam ‘aku tak faham apa diorang semua cakap’.
“Jadi, jangan kacau dia. Kawan saya beritahu yang kalau dia dapat 1,000 pengikut, kawan dia akan beli anjing corgi atau seperti itu. Tapi jangan pergi follow dia,” ujarnya.
Sebelum ini, perkongsian Leona bersama lelaki berbangsa Sepanyol di TikTok menarik perhatian netizen.
Pada video berdurasi 13 saat itu, Leona dilihat mesra bersama rakannya yang dikenali sebagai Dariom Lorente walaupun baru berkenalan selama lima minit di sebuah acara yang dihadiri bersama.
@leonathe2nd lol leave him alone 😭😭♬ original sound - le yoooooooo na
Must-Watch Video