Laman Utama

Konsert Riuh Sokmo; Kerajaan Pusat Tak Ada Kuasa

Gempak
20/09/2022
10:56 MYT
Kerajaan Pusat tidak boleh mengambil sebarang tindakan berhubung penganjuran Konsert Riuh Sokmo! di Kelantan yang berlangsung pada 16 hingga 18 September lalu, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.
Kata Idris, tindakan terhadap penganjuran konsert berkenaan adalah di luar bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
BACA: Baby Shima Persoal Konsert Di Kelantan Didiamkan, PU Syed Balas: “Dalam Isu Di Kerteh…”
Justeru dia menyerahkan kepada kerajaan Kelantan untuk menyiasat jika ada sebarang pelanggaran undang-undang di sepanjang penganjuran konsert yang diadakan di Ketereh itu.
"Kita tunggu hasil siasatan serta laporan dari kerajaan Kelantan," katanya dipetik BH Online.
Semalam media melaporkan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed, menyuarakan kebimbangan terhadap Konsert Riuh Sokmo! yang disifatkan bertentangan dengan dasar Membangun Bersama Islam yang dibawa kerajaan negeri.
Mohamad Kamal berkata, pihaknya menerima pelbagai pandangan berasaskan kebimbangan suburnya budaya konsert di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Menurutnya, penganjuran konsert seumpama itu amat membimbangkan semua pihak termasuk kalangan ibu bapa.
Konsert Riuh Sokmo! Bersama Celcom menampilkan persembahan daripada artis terkenal tanah air seperti Wings, Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi.
Dilaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) menyasarkan lebih 20,000 pengunjung ke Kembara Riuh Keluarga Malaysia (KRKM) edisi keempat itu.
Bagaimanapun Idris berkata, pihaknya dimaklumkan konsert berkenaan bukannya dianjurkan oleh kerajaan negeri sebaliknya oleh pihak luar.
Jelasnya, ia juga sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta memenuhi syarat ditetapkan.
"Di Kelantan PBT ada peraturan sendiri dan sekiranya melanggar undang-undang ditetapkan, terpulang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan," ujarnya.
Sumber: BH Online, Malaysiakini Foto: Hello Kelantan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.