Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

Mya Amri
04/09/2024 21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh, Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.


Tak sentap, anggap perkara biasa

Malah, Aswat atau lebih mesra dengan panggilan Ash menganggap komen-komen negatif itu sebagai perkara biasa yang harus dilalui selepas konten dihasilkan menjadi tular.

“Kalau ada kata-kata apa yang itu kita pekakkan telinga sahajalah. Saya ada baca komen yang kurang enak tetapi saya buat tak tahu sahaja.

“Sekarang saya sudah ada army (sekumpulan peminat) tersendiri, jadi kadang-kadang mereka yang tolong balaskan komen,” katanya kepada Gempak.

Ash ditemui ketika menghadiri program MeleTOP sebagai tetamu jemputan pada Selasa.


Konten santai santai

Dalam pada itu, Ash juga turut menjelaskan idea untuk membuat perlumbaan siput sedut itu bukanlah dirancang seperti dakwaan sesetengah pihak sebaliknya berlaku secara spontan.

“Saya buat lumba siput itu memang tak dijangka, idea pun tak ada langsung sebenarnya. Semua ini aturan Allah.

“Lumba siput yang dilakukan ini pun bukannya ada pertaruhan, tak ada perjudian, kita santai santai sahaja.

“Saya sendiri pun tak jangka benda ini nak meletup sampai begini. Kalau saya jenis jangka, saya dah buat perancangan awal dah.

“Benda ini memang spontan, jadi dengan tiba-tiba dan tular. Rezeki Allah nak bagi macam itu je, apa yang saya boleh katakan, sangat bersyukur,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Terjebak Tonton Lumba Siput Sedut Atas Tudung Periuk

ARTIKEL BERKAITAN:Pengikut Bertambah, Aswat Sanggup “Upgrade” Trek Lumba Siput Sedut

ARTIKEL BERKAITAN:Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan

ARTIKEL BERKAITAN:Cef Wan Kecewa Sikap Jiran – “Siput-Siput Babi Dalam Semak, Ni Belum Masuk Ular, Jagalah Kebersihan”

ARTIKEL BERKAITAN:Makan Hotpot Sambil Tengok Movie, Netizen Luah Rasa Risau - “Alamak! Tak Berbau Ke Nanti? Kalau Ada Lipas Macam Mana?“

Sehingga hari ini, akaun TikTok milik Ash @tansri_ash mencecah lebih 271,000 pengikut.

Difahamkan, konsep perlumbaan dibuat seperti Sukan Malaysia (Sukma) iaitu penyertaan mengikut negeri seperti Pahang, Kedah, Johor, Pulau Pinang dan lain-lain.

#Viral #Tular #Siput #Abang Siput #Okymput #Tal Sentap