,
Laman Utama

“Kontrak Tamat Disember 2020” - Neelofa Jawab Isu Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Swarovski

Azwa Rahman
30/04/2021
05:12 MYT
Pengacara dan usahawan Noor Neelofa tampil menjelaskan isu berbangkit yang menyatakan dia tidak lagi bekerjasama dengan jenama batu kristal mewah dunia, Swarovski.
Menurut Neelofa, kontrak kerjasamanya bersama jenama itu telah pun tamat pada Disember 2020.
Jelasnya lagi, meskipun kedua-duanya tidak lagi bekerjasama, mereka tetap mempunyai hubungan yang baik.
“Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies,” jelas Neelofa menerusi satu ciapan di Twitter.
BACA: Swarovski Dedah Tidak Bekerjasama Dengan Neelofa
Sementara itu di media sosial yang sama, spekulasi tentang kontroversi Neelofa melanggar standard operasi prosedur (SOP) yang menjadi punca kepada kolaborasi bersama jenama antarabangsa tersebut terhenti bertebaran sejak malam tadi.
Namun, ramai juga wargamaya yang tampil mempertahankan bekas pengacara MeleTOP itu dan meminta dia bersabar berhadapan dengan pelbagai tohmahan.
Teruk betul netizen batu api. Empunya badan takde benda yang lain sibok seronok kononnya padan muka dah kene terminated. suka sangat doakan rezeki orang jatuh, tak sedar rezeki sendiri Allah nak tarik bila-bila mase je,” komen seorang wargamaya.
Sian Lopa. Nilah pengorbanan jadi femes, semua kena korek. Penat dia nak menjawab. bukan senang nak sedapkan hati semua manusia yang tiap hari mempersoalkan Lopa dan retis2 tapi tak pernah nak soalkan diri sendiri,” kata seorang wargamaya.
Alhamdulillah, thanks for explanation, we as fans knew it already that the contract already settled professionally & we can see how good relationship between you & swarovski team all this time. Hope this clarifies to all who spread rumours/fitnah,” tulis seorang wargamaya.
Bayangkan kita dok kata hati Neelofa busuk, last-last kena kat kita balik. Tak habis-habis, korek selagi boleh. I’m sorry Lofa, I feel bad for you. But it doesn’t mean I support benda salah yang Lofa buat. Salam ramadan,” ujar seorang wargamaya.
Astaghfirullah, guys.. this is ramadan, mana you guys punya adab eh? Tahu tak suka. Tapi boleh senyap kot. Tahu memyampah, tapi boleh buat tak tahu kot. Please jaga diri sendiri, jaga aib sendiri. Jangan sebab mulut, badan binasa,” kata seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Neelofa dilantik menjadi wanita berhijab pertama dunia yang menghiasi billboard jenama mewah Swarovski sejak 2017.
Kolaborasi itu membawa wajah Neelofa ke beberapa negara seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu dan Austria.
Malah, busana pernikahannya pada Mac lalu juga diserikan dengan 5,000 butir batu kristal Swarovski.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Unitar