Skip to main content

Hiburan

Salina Saibi Terkilan Tisha Shamsir Tak Datang Minta Maaf Secara Semuka Dengan Yusof Haslam - "Saya Yang Bawa Dia Masuk Gerak Khas, Saya Malu…"

Salina Saibi Terkilan Tisha Shamsir Tak Datang Minta Maaf Secara Semuka Dengan Yusof Haslam - "Saya Yang Bawa Dia Masuk Gerak Khas, Saya Malu…"

Sekilas

  • Salina Saibi kecewa dengan cara Tisha Shamsir memohon maaf secara terbuka tanpa bersemuka dengan pihak Skop Productions.
  • Salina menegaskan permohonan maaf sepatutnya dibuat secara beradab dan hadir sendiri ke Skop Productions kerana dia pernah membantu Tisha menyertai Gerak Khas.
  • Salina turut menerima tempias kontroversi apabila namanya dikaitkan sebagai individu yang membawa Tisha masuk ke produksi tersebut, menyebabkan rasa malu dan terkilan.
Advertisement

Pelakon Salina Saibi meluahkan rasa terkilan dengan cara pelakon drama Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi yang dikaitkan dengannya.

Menurut Salina, sebagai individu yang banyak terlibat dengan produksi Gerak Khas dan pernah membantu membawa Tisha menyertai naskhah berkenaan, dia mengharapkan permohonan maaf dibuat secara lebih beradab serta bersemuka dengan pihak Skop Productions.

“Saya ini macam mewakili Gerak Khas. Datuk (Yusof Haslam) pun dah serah dan bagi izin kepada saya. Apa-apa pun Datuk akan rujuk balik kepada saya termasuk pengambilan artis.

“Jadi apa yang Tisha buat itu, sepatutnya dia minta maaf secara beradab. Datang Skop, minta maaf depan Datin dan pihak Skop,” katanya kepada Gempak.

Salina berkata, permohonan maaf menerusi temu bual bersama media sahaja dianggap tidak memadai memandangkan Tisha pernah mendapat peluang berlakon menerusi produksi tersebut.

“So dengan cara berjalan macam itu, kurang ajar la, minta maaf macam tu. Kenapa tak datang berdepan dengan Datuk Yusof Haslam?

“Dulu masa nak minta kerja, pandai pula datang rumah. Jadi kalau nak minta maaf, datanglah dengan cara yang betul,” katanya.

Dalam masa sama, Salina mengakui turut terasa hati kerana pernah menjadi individu yang membantu Tisha mendapat peluang menyertai Gerak Khas.

“Pada saya, saya yang bawa dia masuk Gerak Khas. Jadi saya rasa macam, ‘Ini ke yang aku dapat?’

“Jangan pandang saya sebab saya bukan bos. Saya yang bawa awak masuk, saya yang jaga awak,” ujarnya.

Malah, Salina mendakwa dirinya turut menerima tempias susulan kontroversi tersebut apabila ada pihak mengaitkan namanya sebagai individu yang membawa Tisha masuk ke produksi berkenaan.

“Saya kena ‘boo’ dekat Skop. Orang cakap, ‘Salina yang bawa Tisha masuk’.

“Saya malu. Saya ada maruah saya. Saya jaga dia, tapi dia tak jaga saya balik,saya cakap kat WhatsApp dia tak jawab saya marah dia pun diam, kurang ajar,” katanya.

Sebelum ini, Tisha membuat permohonan maaf secara terbuka ketika ditemui selepas sebutan kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini susulan kontroversi yang memberikan kesan terhadap nama baik penerbit, Datuk Yusof Haslam.

Terdahulu, Tisha ditahan bersama beberapa individu lain dalam serbuan Op Noda yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, awal Julai lalu.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement