Skip to main content

Selebriti

Bunga Ros Merah Ini Rupanya Ada Makna, Pemberian Syed Saddiq Buat Bella Astillah Jadi ‘Teman’ Photoshoot

Bunga Ros Merah Ini Rupanya Ada Makna, Pemberian Syed Saddiq Buat Bella Astillah Jadi ‘Teman’ Photoshoot

Sekilas

  • Bella Astillah membawa sejambak bunga ros merah pemberian YB Syed Saddiq ke sesi photoshoot terbaharu sebagai tanda penghargaan.
  • Bella dan Syed Saddiq akan melangsungkan akad nikah pada 10 Oktober di Precinct Merdeka 118, Kuala Lumpur dengan konsep serba putih dan elemen Arab.
  • Kisah pasangan ini boleh disaksikan dalam program Walimatulurus bermula 6 Oktober di Astro Ria, manakala majlis akad nikah akan disiarkan secara langsung pada 10 Oktober di beberapa saluran Astro dan platform digital.
Advertisement

Jurufoto, Pinography berkongsi momen manis apabila penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memilih untuk membawa sejambak bunga ros merah pemberian ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq ke sesi photoshoot terbaharunya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Pinography menjelaskan bunga tersebut merupakan pemberian istimewa Syed Saddiq buat Bella ketika dia sedang menjalani tugasan bersama jenama Samsung.

Advertisement

Menurut Pinography, bunga berkenaan telah diberikan sejak semalam (Rabu) dan Bella membawanya bersama ke sesi photoshoot yang berlangsung hari ini.

“Sekilas cerita… Kenapa ada sejambak bunga ros merah dalam sesi photoshoot ini?

“Sebenarnya, sejambak bunga ros merah itu merupakan pemberian istimewa daripada YB Syed Saddiq buat Bella Astillah ketika Bella sedang menjalani tugasan bersama jenama Samsung.

Advertisement

“Bunga tersebut telah dihadiahkan sejak semalam dan Bella membawanya bersama ke sesi photoshoot hari ini,” kongsinya.

Tambah Pinography, pada asalnya tiada sebarang perancangan yang dibuat untuk menggunakan bunga tersebut dalam sesi penggambaran.

Namun, Bella memilih untuk mengabadikan bunga istimewa itu dalam setiap potret sebagai tanda menghargai pemberian tersebut.

“Pada asalnya, tiada sebarang perancangan untuk menggunakan bunga dalam sesi penggambaran ini.

“Namun, sebagai tanda menghargai pemberian tersebut, Bella memilih untuk mengabadikannya dalam setiap potret.

“Kadangkala, perkara yang paling indah hadir tanpa dirancang. Bukan sekadar sejambak bunga, tetapi sebuah pemberian yang dihargai dan menjadi sebahagian daripada kenangan indah,” corertnya.

Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan di acara MeleTOP.

Pasangan itu dijadualkan melangsungkan akad nikah di Precinct Merdeka 118, Kuala Lumpur sekali gus menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di lokasi berkenaan menerusi kolaborasi Astro dan Precinct Merdeka 118.

Bagi majlis akad nikah, Bella dan Syed Saddiq memilih konsep serba putih dengan elemen Arab yang turut mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain majlis resepsi di Kuala Lumpur (18 Oktober), pasangan tersebut turut merancang beberapa majlis persandingan dan keraian di Muar, Johor (24 Oktober), dan Sabah (31 Oktober) dengan lokasi tepat akan diumumkan kemudian.

Kisah pasangan romantis ini boleh disaksikan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Program berkenaan turut boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda juga boleh menyaksikan majlis akad nikah Bella dan Syed Saddiq disiarkan secara langsung pada 10 Oktober 2026, Sabtu, jam 9 pagi.

Siaran langsung itu boleh ditonton menerusi Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Saluran 105), Astro Awani (Saluran 501), Sooka dan Astro GO, selain platform media sosial Astro Malaysia serta Astro Gempak.

Sumber: Threads @pinography

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement