Berita

Kopi Mati Ditembak: Tindakan Penguatkuasa Diambil Ikut Prosedur Lapangan

gempak
Ernalisa
14/10/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Kopi Mati Ditembak: Tindakan Penguatkuasa Diambil Ikut Prosedur Lapangan
Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengambil tindakan mengikut prosedur lapangan ke atas seekor anjing liar bernama 'Kopi' yang tular di media sosial sejak minggu lalu. Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dakwaan bahawa anjing tersebut dibiarkan setelah ia mati adalah tidak benar.

"Berkaitan isu anjing Kopi dibiarkan adalah tidak benar kerana berdasarkan SOP MDB, anjing tersebut akan ditanam.

BERITA BERKAITAN : Yusuf Bahrin Hampir Terbakar Buat Stunt!

BERITA BERKAITAN : Hilang 20 Tahun, Tangan & Kepala Ditemui Beku Dalam Peti Sejuk

BERITA BERKAITAN : Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf - "Saya Menangis, Sangat Sedih"

BERITA BERKAITAN : Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Dapat Sambutan Hebat Dari Indonesia - "Pemainnya Fresh, Musiknya Keren"

"Bagaimanapun ketika itu, pegawai operasi telah dihalang oleh pengadu dan pihak berkenaan tidak dapat mengambil bangkai anjing tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad. Menurutnya, tindakan pelupusan anjing liar itu dijalankan mengikut prosedur Tatacara Operasi Piawai (TOP) ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan selari dengan peruntukan Seksyen 30, Akta Kebajikan Haiwan 2015.
"Merujuk kepada dakwaan yang telah ditularkan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) melalui hantaran di media sosial Facebook pada 12 Oktober lalu, MDB telah memaklumkan bahawa operasi ini dibuat berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Besut) 1990.
"Undang-undang tersebut membenarkan penggunaan senjata api dalam keadaan-keadaan tertentu," katanya.
Jelas beliau, mana-mana anjing sama ada berlesen atau tidak yang pemunyanya tidak ditemui boleh dibinasakan atau dilupuskan sebagaimana diarahkan oleh Yang Di Pertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024