Pelakon popular, Zila Bakarin berkongsi aktivitinya melakukan kerja yang lazimnya dilakukan golongan lelaki sebagai membuktikan wanita juga mampu buat.

Merujuk pada satu statusnya di Instagramnya, @zilabakarinofficial pelakon itu memuat naik satu foto seolah menunjukkan dia sedang melakukan gam pada sinki dapur.

“Cakap je... semua saya boleh buat. Perempuan zaman sekarang... korang ingat pandai make-up je ke!! pandai main je ke!! pandai membawang je ke!! Tak,” katanya.

cakap je.. semua sy bole buat... pompan zaman skrg.. korg ingat pandai make up je ke!! pandai main pon je ke!! pandai membawang je ke!!! takkkk.... skrg org jantan yg kuat membawang.. kuat explore ig.. kuat stalker... ddk kat sofa dr bgn tido pegang pon, mknnn, ddk balik main pon smpi mampossss ???? i?u papa #bukansemua #jgnmarah #gurauje #dahtuapunbodo

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on


Meskipun kata-kata pelakon itu seolah menunjukkan ego sendiri tapi dia mahu membuktikan golongan hawa itu mampu buat kerja lelaki.

Menariknya, Zila juga memberi komen peribadinya terhadap sikap golongan lelaki.

“Sekarang orang jantan yang kuat menbawang... kuat ‘explore’ IG... kuat ‘stalker’ duduk kat sofa dari tidur bangun pun pegang telefon, makan duduk balik main telefon sampai mampus,” katanya.

Bagaimanapun, Zila juga menjelaskan dalam statusnya itu dia bukan menujukan pandangannya itu pada semua lelaki tapi segelintir.

Sambil menggunakan hashtag, dia juga meletakkan perkataan #janganmarah #gurauje #dahtuapunbodo.

Nyata status pelakon itu mendapat reaksi netizen di media sosial yang terhibur dengan usikan tersebut.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @zilabakarinofficial