Skip to main content

Selebriti

Terbit Drama Bersiri Untuk Pelakon Veteran, Hans Isaac Sambut Baik Cadangan AR Badul - “Yang Bagus Kita Ambil…”

Terbit Drama Bersiri Untuk Pelakon Veteran, Hans Isaac Sambut Baik Cadangan AR Badul - “Yang Bagus Kita Ambil…”

Sekilas

  • AR Badul mencadangkan FINAS membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pelakon veteran melalui penerbitan drama bersiri yang mempunyai episod panjang.
  • Beliau menegaskan pelakon veteran masih bersemangat dan mampu menyumbang bakat selagi diberi peluang beraksi di hadapan kamera.
  • Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, menyambut baik cadangan tersebut dan akan membawanya ke peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi untuk perbincangan lanjut.
Advertisement

Pelakon veteran, AR Badul mencadangkan agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pelakon senior dan veteran menerusi penerbitan drama bersiri.

Menurut AR Badul, telemovie dan supertele biasanya hanya melibatkan beberapa orang pelakon veteran, sedangkan drama bersiri mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelakon.

Advertisement

“Jika kita wujudkan drama bersiri yang mempunyai episod panjang, ruang itu menjadi lebih luas. Puluhan pelakon veteran dapat peluang mengikut kesesuaian jalan cerita.

“Penggiat seni veteran ini jiwanya kental dan masih mempunyai kudrat serta minat mendalam untuk beraksi di hadapan kamera.

“Kami sangat menghargai segala bentuk sokongan dan keprihatinan masyarakat, namun apa yang lebih bermakna buat warga seni adalah peluang untuk terus bekerja dan menyumbang bakat selagi diperlukan,” ujarnya.

Advertisement

AR Badul berkata demikian ketika ditemui pada program Tribute kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 di FINAS, Hulu Kelang pada Rabu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac menyambut baik cadangan AR Badul dan akan membawa usul tersebut kepada peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Ahli Perbadanan untuk perbincangan lanjut

“Saya akan bawa kepada jawatankuasa KSU. Kita ada dana Star di mana YB akan beri dana kepada industri. Cadangan sangat baik.

“Sebagai pengerusi dan wakil FINAS, saya bawa perkara ini untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan. Bila acara kita bagus. Kita ambil dan binakan cadangan itu. Kita dengar dan cuba laksanakan.

“Dalam FFM kita cuba beri peluang kepada pelakon veteran dan rakan industri baru. Kita melihat satu industri FFM yang meluas kepada semua, bukan hanya satu. Kita ada pelbagai program. Yang bagus kita ambil, tak bagus kita adjust balik,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Must Watch Video

Advertisement