BERITA
"Korang Ingat Shuk Boleh Nyanyi Ke?" - Ajai
Zaman sekarang siapa saja boleh jadi penyanyi termasuk pelawak tapi persoalannya bolehkah mereka menyanyi.
Pertanyaan itu dilontarkan komposer terkenal, Ajai apabila memilih pelawak Shukri Sahar atau nama pentas, Shuk untuk menyanyikan lagu 'Lawak' #brocuba.
Ujarnya, Ajai menerusi labelnya, Wake The Baby Records dalam proses menerbitkan album Lawak. Dia kemudian memilih Shuk sebagai penyanyi yang akan menyampaikan lagu tersebut.
"Dia ni lah yang saya pilih untuk bawakan lagu 'Lawak' #brocuba. Bakat lawak selamba dia yang membuatkan saya memilih Shuk untuk bawakkan lagu 'Lawak' #brocuba.
"Boleh nyanyi ke dia ni... kita tunggu ya nanti," katanya menerusi status terkini di Instagramnya, @byajai.
Jelasnya, dia sudah lama mencipta lagu untuk projek istimewa tersebut yang akan dijadikan sebagai single.
"Lagu ini saya sudah simpan lama, sekarang saya sudah jumpa orangnya dan saya akan rekodkan single. Kita nak bagi lagu kelakar tapi 'educate' orang.
"Korang ingat Shuk boleh nyanyi ke?," katanya.
Nyata, idea mengangkat Shuk daripada pelawak sebagai penyanyi mendapat sokongan netizen di media sosial.
"Pasti boleh," kata netizem dikenali sebagai @nurhidayah2838.
Bagi netizen @baleh786 pula beranggapan hasrat Ajai menggilap bakat Shuk menjadi penyanyi sebagai idea di luar kotak dan sudah tentu Ajai adalah komposer terbaik.
"Dia nyanyi bunyi lain, bunyi kentut kadang-kadang, hahaha mantap bang!!!!!@byajai," kata rakan pelawak, Shuib Sepahtu yang mengusik Shuk.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Must-Watch Video