Laman Utama
“Korang Semua Kena Tipu, Good Luck” - Noh Salleh Nafi Rumah Tangga Bergolak
“Itu semua tipu.”
Itulah jawapan ringkas vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sewaktu ditanya mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga di antara dirinya bersama isteri, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina.
Memetik satu hantaran video yang dimuat naik oleh Hlive, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37, menafikan spekulasi tersebut.
“Takde komenlah, itu semua tipu. Korang semua kena tipu. Good luck,” ujar Noh.
Tambah pelantun lagu Renjana itu lagi, dia tidak pernah mendengar berita mengenai spekulasi rumah tangganya bergolak sehinggalah ke hari ini.
“Saya baru tahu hari ni. Itu pun Joe Saiful (pengurus) beritahu.
“Tu saya macam, ada eh benda ni? Itu fake news la,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Noh berkahwin dengan Mizz Nina pada 1 Julai 2011.
Mac lalu, pasangan itu mengumumkan mengambil anak angkat diberi nama Musa.
Must-Watch Video