Viral
Kostum Wakil Malaysia Miss Universe & Miss World Dah Reveal, Ramai Pula Berhujah Tak Nak Kalah!
Seperti setiap tahun, ramai yang ternanti-nantikan busana yang bakal diperagakan oleh wakil Malaysia untuk pertandingan ratu cantik Miss World dan Miss Universe.
Tahun ini, dua gadis cantik serba boleh Shweta Sekhon dan Alexis Sue Ann terpilih untuk mewakili negara ke pertandingan yang bakal berlangsung di Georgia, Amerika Syarikat (8 Disember) dan London, United Kingdom (14 Disember).
Seperkara yang pasti, ramai yang meletakkan harapan untuk kedua-dua wakil Malaysia ini mengharumkan nama negara di persada dunia.
Majlis pengenalan evening gown dan national costume telah berlangsung baru-baru ini dan kedua-dua jelitawan memperagakan hasil karya anak tempatan yang bakal dibawa ke peringkat antarabangsa.
Shweta bakal menggayakan busana rekaan Carven Ong Couture. Evening gown berona nude diserikan dengan perincian mewah pada rekaan bustier Shweta, diilhamkan daripada pantai.
Manakala, untuk national costume, Shweta akan mempersembahkan 'Peranakan Indulgence', menceritakan komuniti Baba Nyonya dari Melaka dan Pulau Pinang.
Kostum asas songket berwarna hijau itu dilengkapi dengan aksesori gah kepak berwarna warni di belakang model dan meja jamuan berserta hidangan pelbagai juadah kuih tradisional pada kostum itu. Memang luar biasa!
Kudos buat pereka set Eammanuel!
Sementara itu, bagi rekaan evening gown Miss World, Alexis akan menyarung persalinan berwarna ungu rekaan Bhawna Navneet.
Dres terbelah paras paha itu dilengkapi dengan perincian batuan jemeki seluruh badan dan siluet meleret pada bahagian belakang.
Bagi segmen tradisional pula, Alexis bakal memperagakan baju kebaya Pahang daripada fabrik songket rekaan NC by Ikarrtini.
Alexis juga akan menyarung ball gown ombre biru rekaan Rozie Morshidi Khan persis Puteri Elsa!
Busana dan kostum jelitawan Malaysia yang baru didedahkan kepada umum mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang kurang senang dengan rekaan, perincian dan penggayaan untuk wakil Malaysia itu malah ada yang mengagumi kesemua rekaan yang dipertontonkan.
Walau apa jua hipotesis anda, sama-sama kita berikan sokongan dan motivasi buat kedua-dua wakil Malaysia untuk bertanding di peringkat dunia ini. Good luck Shweta & Alexis!
Must-Watch Video