Laman Utama
Kourtney Kardashian Makan Telur Burung Puyuh Setiap Hari Demi Nak Cepat Hamil
Usaha Kourtney Kardashian untuk mendapatkan zuriat tidak terputus setengah jalan. Terkini, pempengaruh popular itu kerap memakan telur burung puyung untuk hamil.
Dalam episod terbaharu The Kardashian, Kourtney dilihat menjamu selera bersama kawan baiknya, Steph Shepherd sambil memakan salad dan beberapa biji telur burung puyuh.
Sambil menjamu selera, Kourtney memberitahu cara itu dipraktikkan setiap hari namun tidak dapat dipastikan khasiat telur haiwan itu berbanding telur ayam.
"Aku harus makan telur burung puyuh setiap hari. Telur burung puyuh katanya lebih bermanfaat terutama dalam usaha mendapatkan zuriat, tapi saya tak begitu pasti hal itu betul-betul sahih," katanya.
Sebelum ini, Kourtney mengakui pernah disarankan oleh doktor untuk meminum sperma suaminya, Travis Barker atas alasan untuk kesuburan.
Dalam rancangan sama, Kourtney memberitahu dia disarankan untuk meminum sperma sebanyak empat kali seminggu.
Untuk rekod, Kourtney dan Travis mula berpacaran pada awal 2021 dan berkahwin pada Mei 2022. Pada Mac lalu, pasangan itu memberitahu mahu mendapatkan zuriat bersama secepat mungkin.
Must-Watch Video