Berita baik buat seluruh warga Kuala Lumpur kerana bandar raya itu kini di kedudukan ke-32 sebagai pusat bandar paling selamat di dunia.

Tambah mengagumkan, Kuala Lumpur juga mengalahkan lebih 20 kawasan bandar utama lain.

Difahamkan, kajian ini dilakukan oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU).

Menerusi laporan dikeluarkan, Kuala Lumpur memperoleh sebanyak 66.6 mata pada tahun ini berbanding 66.3 pada 2019.

Jumlah itu sekali gus membolehkan Kuala Lumpur mengalahkan bandar popular lain seperti Beijing, Dubai dan Jakarta.

Bandar Copenhagen berada kedudukan tertinggi dengan 82.4 mata diikuti oleh Toronto, Singapura, Sydney, Tokyo, Amsterdam, Wellington, Hong Kong, Melbourne dan Stockholm.

Kesemua skor ini diambil berdasarkan lima faktor keselamatan merangkumi digital, kesihatan, peribadi, infrastruktur dan alam sekitar.

Kelima-lima faktor ini turut mengambil kira situasi pandemik ketika ini.

Untuk Kuala Lumpur, ia menerima 35 mata untuk digital, 38 untuk kesihatan, 33 untuk aspek peribadi dan 37 bagi keselamatan.

Paling membanggakan, bandar raya ini menduduki tempat ke-10 dalam domain keselamatan alam sekitar dengan 81 mata.

Apapun tahniah warga Kuala Lumpur!