,
Laman Utama

Kuih Raya Ni Pejam Mata Pun Boleh Buat, Tak sampai 30 Minit Adunan Siap!

Fiza Kamarudin
27/05/2019
18:27 MYT
Tidak kira beli atau buat sendiri, kuih atau biskut raya ini sebenarnya sebahagian daripada kemeriahan menyambut Aidilfitri.
Tetapi mungkin kerana kekangan masa, ramai yang memilih untuk membeli daripada membuat kuih dan biskut raya sendiri.
Tahu tak, ada beberapa jenis kuih yang ‘simple’, sedap dan senang nak disediakan? Serius, pejam mata pun boleh buat!
1. Cornflakes Madu Sudahlah senang nak buat, rasanya pula sedap. Hanya perlu cairkan mentega dalam kuali, masukkan madu dan gaulkan dengan cornflakes. Selepas itu masukkan dalam mangkuk kertas comel dan bakar dalam oven 15 hingga 20 minit. 30 minit dah boleh makan tau!
2. Samperit Nak dapatkan samperit yang cair dimulut? Senang sahaja…Gaulkan semua bahan-bahannya iaitu mentega, gula icing, esen vanilla yang dipukul sebelum masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, dan telur (tak bubuh pun tak apa). Gaul sehingga sebati (jadi doh) sebelum di masukkan dalam acuan bunga dahlia atau acuan panjang. Lepas tu bakar dalam 20 hingga 30 minit.
3. Biskut Arab Tiga bahan penting iaitu minyak sapi, tepung gandum dan susu tepung. Gaulkan sebati dan digentel bulat. Bakar selama 20 minit dan selepas siap, golekkan di atas gula icing.
4. Biskut Mazola Kalau ada kacang tanah, gorengkan tanpa minyak dan kisar. Lepas tu satukan sahaja dalam adunan tepung gandum, gula icing dan minyak jagung. Bakar 20-30 minit dan siap!
5. Tart Nenas (Gulung) Bahannya juga sangat mudah. Adunannya lebih kurang samperit cuma perlu masak jem nenas terlebih dahulu (kalau malas boleh beli yang dah siap). Bila adunan siap, masukkan dalam acuan dan tekan. Letakkan isi nenas yang telah digentel bulat atau sedikit bujur sebelum gulung!
6. Coklat Chips ala Famous Amos Haaa…ini paling mudah dan jimat, sebab kalau nak pergi beli di Famous Amous agak mahal kan? Buat je sendiri. Gaul dalam mangkuk sahaja tak perlu pukul. Bahan-bahan pun mudah dah agak murah untuk didapati. Mentega, gula perang, esen vanilla dan sebiji telur digaul rata. Lepas tu masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, minyak masak dan coklat cip. Gaul rata semuanya. Lepas tu ‘jemput-jemputkan’ guna garfu dan bakar selama 30 minit dalam ketuhar.
7. Biskut Florentine Ini kalau nak beli mahal dan memang berbaloi kalau buat sendiri. Sebabnya korang boleh bajet sendiri berapa banyak kacang yang korang nak pakai tau! Memang puas hati kalau buat sendiri. Senang sangat nak buat biskut Florentine ni.
Bahan utama Tepung Florentine je selain badam keping, kuaci, biji labu, walnut dan apa-apa kekacang yang korang suka. Oh ya, bijan hitam atau chia seed untuk ditabur.
Gaul semua kekacang yang telah dibakar (semasa semua kekacang masih panas) dengan tepung Florentine di dalam satu bekas sehingga sebati. Lapiskan kertas minyak atas loyang dan ‘tebarkan’ kekacang tu semua. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dan potonglah!
Ini antara kuih dan biskut yang berbaloi kalau buat sendiri. Resipi lengkap boleh google ya! Semoga Aidilfiri 2019 ini #SempurnaSeadanya.
Oh ya! Kuih-kuih ni semua malam raya pun sempat lagi kalau nak buat tau. Selamat mencuba!
Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang