,
Berita

KULinary Award Iktiraf Operator F&B Di Lapangan Terbang, Petit Cafe Chef Wan Dinobat Outlet Terbaik

Asyraf Roslan
27/09/2024
15:55 MYT
KULinary Award 2024 merupakan satu acara tahunan anjuran Malaysia Airports yang bertujuan untuk mengiktiraf outlet F&B cemerlang di lapangan terbang.
Kempen ini mengetengahkan kecemerlangan kulinari dalam kepelbagaian makanan, kualiti, dan nilai, sambil memotivasi operator untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan mereka, memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman makan yang luar biasa.
Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial untuk Lapangan Terbang Malaysia, Hani Ezra Hussin berkata anugerah ini merupakan salah satu pengiktirafan kepada operator F&B yang telah memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan mereka.
“KULinary ini kita sudah laksanakan sejak 2016 lagi. Ia bertujuan untuk mengenali dan mengiktiraf semua F&B retailer yang telah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan dari segi kreativiti, seleksi menu, penjagaan kualiti makanan, pengalaman dan lain-lain lagi,” Ujarnya.
Sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan antaranya adalah Best Ambience, Best Services, Most Innovative Dish, dan Best Newcomer yang menyaksikan restoran Serai berjaya merangkul anugerah tersebut.
Acara gilang gemilang yang berlangsung di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) diakhiri dengan menyaksiakan Petit Cafe Chef Wan telah menang outlet F&B terbaik secara keseluruhan.
Pada masa sama, Hani juga memberitahu Setiap outlet F&B dinilai secara teliti oleh ‘mystery diners’ dan panel pakar, yang terdiri daripada profesional Tatler Dining, pemimpin industri, dan pencinta makanan. Proses penilaian ini memastikan pengalaman makan terbaik di KLIA dinilai secara menyeluruh. “Kita ada juri yang pakar dalam industri dan juga rakan-rakan selebriti yang tahu apa yang mereka mahukan sekiranya mereka makan di luar.
"Contohnya jika kita bercakap kategori makanan lokal, mereka ini yang akan menentukan makanan lokal yang boleh menambat hati pencinta makanan," katanya kepada Gempak.
Majlis anugerah itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Thanuja, Ceddy Ng, Uyaina Arshad, dan ramai lagi.
Dari 27 hingga 29 September 2024, pelancong dan pengunjung dijemput untuk menikmati festival ini yang dijangka akan menerima lebih 300 tetamu setiap hari.
Anda semua boleh menikmati 16 hidangan dan minuman pelbagai sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dikendalikan oleh chef selebriti dan pakar kulinari.
Antara acara kemuncak termasuk bengkel fotografi makanan bersama Trisha Toh, plating makanan dengan Noritake, serta demonstrasi masakan oleh Chef Datuk Fazley Yaakob.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Merancang Nak Buka Restoran Dekat New York” - Akui Semakin Pulih, Chef Wan Sekarang Sibuk Berjalan

gempak
03/10/2024
21:55 MYT
Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan berkata dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaannya serta merancang untuk membuka cawangan restorannya di New York.
Hiburan

Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Tidak Terkesan - “Semua Orang Tahu Penglibatan Saya”

gempak
30/09/2024
02:55 MYT
Bagi Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, orang ramai terbuka untuk memberikan pandangan namun apa yang tidak boleh dinafikan oleh netizen adalah pengalamannya sebagai tukang masak selama 34 tahun.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
Hiburan

Skill Dibandingkan, Chef Wan Tak Dengki Dengan Pencapaian Khairul Aming - “Dia Juga Sumber Inspirasi Saya”

gempak
24/09/2024
09:55 MYT
Chef selebriti Datuk Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
Sukan

Suasana Meriah Rai Kepulangan Wira Wirawati Paralimpik Paris 2024

gempak
11/09/2024
07:45 MYT
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan tanah air ketika menyambut kepulangan barisan atlet para yang menggalas harapan negara di Sukan Paralimpik Paris 2024, malam tadi.
Unitar