Setiap hari kita menggunakan papan pemotong di dapur dan tanpa kita sedari alat terpenting tersebut boleh mendatangkan penyakit.

Tetapi kenapa?

Penggunaan setiap hari secara kerap menyebabkan papan pemotong tercalar dan apabila telah lama digunakan ia akan berdaki.

Perasan tak akan ‘muncul’ warna hitam dicelah-celah kesan calar papan pemotong anda? Itulah daki atau kulat dan daripada situ kuman serta bakteria mula terkumpul.

Dikatakan dikatakan kuman pada papan tersebut mempunyai 200 kali ganda kotornya berbanding di tandas. Euw…Biar betul?

Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah ‘lubuk’ bagi kuman seperti Salmonella, E.coli dan sebagainya.

Kajian menunjukkan 1 sentimeter persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas!

Jadi, bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan, ini antara saranan buat korang sebagai panduan:

1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki

2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selepas baca artikel ini, masih nak simpan papan pemotong yang dah berkulat dan berdaki tu? Rasanya lebih baik gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu uzur.

Di rumah mungkin kita boleh pantau, tapi di kedai-kedai makan….? Alamak! Tak sanggup nak bayangkan!