Selain kenaikan gaji, individu yang sedang mencari peluang pekerjaan baharu pasti melihat manfaat yang ditawarkan sebelum membuat keputusan menerima tawaran daripada sesebuah syarikat.

Jumlah cuti, manfaat mendapatkan rawatan serta sumbangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tinggi daripada majikan merupakan antara kelebihan yang menjadikan sesebuah tawaran itu bertambah menarik.

Tahukah anda, jika anda diterima bekerja di KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), anda mampu meraih manfaat di atas dan juga beberapa manfaat lain?

Antara manfaat istimewa jika anda mengembangkan kerjaya bersama KPJ Healthcare adalah bonus mengikut prestasi, caruman KWSP majikan sehingga 15 peratus, cuti tahunan sehingga 28 hari, perlindungan kemalangan peribadi berjumlah sehinga 60 bulan gaji dan manfaat rawatan pesakit luar dan dalam.

Justeru, jangan lepaskan peluang hadir ke Karnival Kerjaya Malam KPJ yang bakal diadakan pada 24 dan 25 November ini, dari pukul 5 petang hingga 11 malam. Bakal berlangsung serentak di semua 29 Hospital Pakar KPJ seluruh negara, lokasi utama karnival berpusat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Menariknya, karnival ini menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang melibatkan kakitangan perubatan dan sokongan.

Karnival ini menawarkan peluang kepada calon untuk berhubung secara terus dengan pegawai KPJ yang bertugas di bahagian pengambilan pekerja. Calon yang hadir akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang budaya KPJ Healthcare, memahami faedah yang ditawarkan dan mengenalpasti komitmen syarikat terhadap pembangunan pekerja.

Sesi temu duga yang diadakan di karnival ini juga akan dikendalikan secara ‘on-the-spot’, sekaligus memberikan peluang segera untuk menyertai keluarga KPJ Healthcare.

Karnival ini cukup unik dan lain daripada mana-mana karnival kerjaya yang pernah dianjurkan sebelum ini. Dilaksanakan pada waktu malam, karnival kerjaya ini menyaksikan gabungan elemen professional dan elemen hiburan yang lebih santai untuk komuniti yang hadir.

Pelbagai aktiviti bakal menanti termasuklah cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM40,000, pemeriksaan kesihatan asas percuma dan jualan aneka juadah di trak makanan yang pastinya bakal menambahkan kemeriahan karnival tersebut.

Followers Gempak, dapatkan akses ‘fast lane’ bagi pemeriksaan kesihatan asas percuma!

Calon yang hadir ke karnival boleh mendapatkan akses ‘fast lane’ hanya dengan mengikuti akaun media sosial Gempak - sama ada Facebook, Instagram atau TikTok. Hanya tunjukkan sahaja bukti yang anda sudah mengikuti akaun media sosial Gempak dan anda bakal menerima akses menjalani Pemeriksaan Kesihatan Asas (Hipertensi, BMI & Ujian Gula Dalam Darah)

Nak menang hadiah lagi best?

Jawab satu soalan mudah dan cipta satu slogan berdasarkan artikel ini dan lima pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi:

- 2 x Apple Watch SE (bernilai RM1,199)
- 3 x Pakej Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif (bernilai sehingga RM2,000)

Jawab soalan dan cipta slogan menerusi borang ini: