Laman Utama

Kurus & Diri Lebih Confident, Ini 8 Fakta Tentang Pembedahan Bariatrik Yang Anda Perlu Tahu

gempak
Izwan Isa
18/10/2023
05:30 MYT
Sponsor Banner
Kurus & Diri Lebih Confident, Ini 8 Fakta Tentang Pembedahan Bariatrik Yang Anda Perlu Tahu

Pembedahan pintasan perut atau Bariatrik Surgery menjadi pilihan individu yang buntu mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan berat badan.

Ia antara solusi bagi pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan selain perlu menjaga pemakanan harian dan kerap bersenam.

Berikut merupakan fakta ringkas mengenai pembedahan Bariatrik yang anda perlu tahu.

1. Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

2. Pembedahan ini bukan sebagai pembedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan Bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.

3. Apa yang berlaku selepas anda menjalani pembedahan ini?

Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.

4. Hasilnya, berat badan akan berkurangan. Pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

5. Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

6. Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki. Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.

7. Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

8. Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim Sepahtu, Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.

Sumber: Public Health Malaysia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024