Laman Utama
“Kurus Sebab Sakit”- 2 Minggu Tak Makan, Fizz Fairuz Dikejarkan Ke Hospital
Pelakon Datuk Fizz Fairuz dimasukkan ke hospital akibat gastrik yang dialaminya sejak 2 minggu lalu.
Isterinya, Datin Almy Nadia yang mengesahkan perkara tersebut dan memohon doa agar suaminya segera sembuh.
“Sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hospital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastrik..
“Doktor beritahu gastrik dia banyak sebab dah dekat 2 minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak..
“Sekarang dia diberi drip,masuk ubat bagi dia ok. Lepas ni makan kena makan betul-betul..
“Doakan semua my boy cepat sembuh.. Saya sentiasa ada dengan you ok syg..apa jadi pun I ada dengan you ok love,” katanya.
Almy memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto Fizz yang sedang terlantar sakit di hospital.
Dalam hantaran di Inta Story pula, Almy mendedahkan berat Fizz susut banyak akibat jatuh sakit.
“Dia (Fizz) cakap dia gemuk…berat 84 kilogram(kg). Dia nak kurus sebelum mula penggambaran.
“Sekarang Allah makbulkan niat dia nak kurus…beratnya 78kg, kurus sebab sakit,” luah Almy.
Menerusi laman sosial Almy, rata-rata mendoakan agar Fizz segera sembuh dan urusan mereka dipermudahkan.
Must-Watch Video