,
Berita

Kutipan Terkini Tabung Harapan Malaysia Lebih RM18 Juta

Kamaruddin Razal
01/06/2018
14:41 MYT
Baru dua hari ditubuhkan, Tabung Harapan Malaysia (THM) berjaya mengumpul sejumlah RM18,608,925.36 sehingga jam 3 petang tadi.
Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui satu kenyataan sebentar tadi.
Guan Eng berkata jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 163% berbanding RM7,075,508.79 yang dikutip semalam.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sehati sejiwa membantu meringankan beban hutang kerajaan persekutuan,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng turut menafikan sebuah poster tular di media sosial yang memaparkan akaun palsu tabung tersebut.
Menurut beliau, nombor akaun yang tertera di poster palsu tersebut adalah berlainan dengan nombor akaun Tabung Harapan Malaysia yang bernombor 5660-1062-6452 (Maybank) yang diumumkan sebelum ini. “Kementerian akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai,” tegasnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati serta menyemak terlebih dahulu nombor akaun sebelum membuat sebarang transaksi bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Untuk maklumat lanjut tentang Tabung Harapan Malaysia dan jumlah yang dikutip setakat jam 3 setiap hari, orang ramai boleh melawat laman sesawang Kementerian Kewangan di www.treasury.gov.my, di Facebook (Kementerian Kewangan Malaysia), Instagram (MOF_malaysia) dan Twitter (MOFmalaysia).
Sumber: Astro Awani / Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelakon Komedi Tempelak Sikap Pembangkang Mempersoal Tabung Harapan Malaysia

gempak
02/06/2018
14:51 MYT